Sejak kak Mai beli mesin mee ni, tak pernah lagi beli mee kuning di kedai. Rasanya lebih selamat makan mee buatan sendiri.
Kepada yang teringin nak makan mee buatan sendiri cubalah resepi di bawah. Kalau tak ada mesin elektrik ni pun tak apa, guna je mesin mee biasa.
Bahan-bahannya:
400-500 gm tepung gandum
2 biji telur
*200 ml air (bila dicampur dengan telur)
garam
*kunyit serbuk
Cara-caranya:
1. Campurkan telur, garam dan kunyit serbuk.
2. Campurkan dengan air hingga 200ml……kacau sebati.
3. Masukkan tepung ke dalam mesin penguli.
4. Campurkan dengan bahan-bahan tadi dan uli sebentar saja.
5. Beginilah rupa mee yang dihasilkan.
6. Didihkan air bersama sedikit minyak masak. Masukkan mee
tadi dan celur hingga mee terapung.
6. Angkat dan toskan.
7. Beginilah rupa mee yang telah dihasilkan.
Daripada bahan asas tersebut kita boleh buat sendiri mee yang berkhasiat untuk anak-anak terutamanya anak-anak yang tak gemar makan sayur. Contohnya mee bayam dan mee lobak. Selain rasanya yang sedap, warnanya juga menarik. Anak kak Mai selalunya suka makan mee yang baru direbus begitu sahaja.
Cara membuat mi lobak atau mi bayam:
Cara membuat mi lobak atau mi bayam:
Bahan sama saja seperti di atas. Cuma tukar *200ml air dengan jus lobak atau bayam untuk jadikan mi lobak(oren) atau mi bayam (hijau) tapi kuantiti jus tetap sama 200 ml setelah dicampur dengan telur. Tidak perlu guna kunyit dah. Sebab kunyit tu untuk menguningkan mi. Caranya sama sahaja seperti di atas (kecuali no 1 dan 2 tukar dengan jus)
Inilah dia mi lobak yang sedia untuk dimakan bersama kuah mi atau boleh dibuat mi goreng. Untuk 500 gm tepung boleh dapat 1 kg mi. Ini kak Mai guna jus dari sebiji lobak, Kalau nak warna lebih cantik guna lebih lobak.
Selamat mencuba.
1 ulasan:
Assalamualaikum...
Sy nk tnya kt mna puan beli mesin tu yer
Catat Ulasan