Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 27 Disember 2010

Membuat Mee Kuning…


Sejak kak Mai beli mesin mee ni, tak pernah lagi beli mee kuning di kedai.  Rasanya lebih selamat makan mee buatan sendiri.
Kepada yang teringin nak makan mee buatan sendiri cubalah resepi di bawah.  Kalau tak ada mesin elektrik ni pun tak apa, guna je mesin mee biasa.

   Bahan-bahannya:
Membuat mee kuning 011
400-500 gm tepung gandum
2 biji telur
*200 ml air (bila dicampur dengan telur) 
garam
*kunyit serbuk


Cara-caranya:
Membuat mee kuning 017    1.  Campurkan telur, garam dan kunyit serbuk.
Membuat mee kuning 008
     2. Campurkan dengan air hingga 200ml……kacau sebati.

Membuat mee kuning 014
    3. Masukkan tepung ke dalam mesin penguli.

Membuat mee kuning 015
    4. Campurkan dengan bahan-bahan tadi dan uli sebentar saja.
Membuat mee kuning 006
    5.  Beginilah rupa mee yang dihasilkan.

Membuat mee kuning 012 
Membuat mee kuning 022
  6.   Didihkan air bersama sedikit minyak masak.  Masukkan mee
        tadi dan celur hingga mee terapung.
Membuat mee kuning 023
Membuat mee kuning 025
Membuat mee kuning 027
   6.  Angkat dan toskan.
Membuat mee kuning 035
    7.  Beginilah rupa mee yang telah dihasilkan.

Daripada bahan asas tersebut kita boleh buat sendiri mee yang berkhasiat untuk anak-anak terutamanya anak-anak yang tak gemar makan sayur.  Contohnya mee bayam dan mee lobak. Selain rasanya yang sedap, warnanya juga menarik.  Anak kak Mai selalunya suka makan mee yang baru direbus begitu sahaja.

Cara membuat mi lobak atau mi bayam:


Bahan sama saja seperti di atas. Cuma tukar *200ml air  dengan jus lobak atau bayam untuk jadikan mi lobak(oren) atau mi bayam (hijau) tapi kuantiti jus tetap sama 200 ml setelah dicampur dengan telur. Tidak perlu guna kunyit dah. Sebab kunyit tu untuk menguningkan mi. Caranya sama sahaja seperti  di atas (kecuali no 1 dan 2 tukar dengan jus)





Inilah dia mi lobak yang sedia untuk dimakan bersama kuah mi atau boleh dibuat mi goreng. Untuk 500 gm tepung boleh dapat 1 kg mi. Ini kak Mai guna jus dari sebiji lobak, Kalau nak  warna lebih cantik guna lebih lobak.


Selamat mencuba.

1 ulasan:

mummy panda berkata...

Assalamualaikum...
Sy nk tnya kt mna puan beli mesin tu yer

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...