Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 4 November 2012

Puding Kristal Pandan




 


Bahan-bahan A:
  • 1 paket agar-agar
  • 1500ml  air
  • 2 helai daun pandan
Bahan B:
  • 300gm gula pasir
Bahan-bahan C:
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1 tin susu cair (+ air jadikan 500ml)
Bahan D:

Pandan Emulco
Sagu berwarna-warni (tak mau pun tak ape)

Caranya:

  1. Masak bahan A hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.Tapis.
  2. Bland bahan C dan masukkan dalam tapisan agar-agar tadi. Kacau hingga mendidih dan jangan biarkan nanti buihnya membuak.
  3. Tutup api dan masukkan dalam acuan khas. Masukkan  juga sagu jika suka (sagu kasar tu kak Mai beli dah siap rendam dan berwarna) 
  4. Bila dah sejuk keluarkan acuan.
  5. Baki adunan diwarnakan dengan perasa pandan dan tuang ke atasnya. 
  6. Sejukkan semula.
  7. Akhir sekali tuang penuh adunan menutupi warna hijau dan sejukkan sekali lagi.



8. Bila dah keras, keluarkan dari acuan dengan berhati-hati.


9. Potong dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.




2 ulasan:

adda syuhada berkata...

comelnya puding...adda mmg suker sgt mkn puding...

Maizah Jalil berkata...

Terima kasih adda syuhada. Kak Mai sedang cuba-cuba guna acuan yang baru dibeli..he he he...

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...