Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 28 Oktober 2012

Muffin pisang bercoklat

Assalamualaikum semua kekawan. Lama dah tak menjenguk di sini.  Hari ni nak kongsi resipi muffin pisang yang kak Mai ambil  di sini.

.

Boleh tahan sedap juga.  Tapi kak Mai ubah sikitlah sebab nak sesuaikan dengan bahan yang ada.

Bahan A (diayak):

  •  2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil soda bikabonat
  • 1 sudu besar baking powder (kak Mai guna 1 sudu kecil je)
Bahan B:
  • 1/2 cawan pisang kisar (kak Mai letak lebih sikit)
  • 1/2 cawan krim masam/plain yogurt (Kak Mai tukar whipping cream / susu penuh krim + lemon 2 sudu)
  • 1 sudu besar esen vanilla (kak Mai letak 1 sudu kecil je sebab pisang dah wangi dah)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 3 bji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan gula perang.
  • 4 sudu coklat urai (kak Mai tambah supaya nampak cantik dalamnye dan masukkan akhir sekali ye)
Bahan C: 

sedikit krim coklat/ coklat emulco utk. hiasan (kak mai tak guna pun cuma tabur je coklat urai atau coklat chip atas nye)





Cara-caranya: 
  1. Ayak bahan A dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B kecuali coklat urai. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi.  Bila sudah sebati baru masukkan coklat urai. Gaul hingga rata.
  3. Paipkan separuh ke dalam mangkuk kertas. Tabur coklat urai / coklat chip atasnya.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...