Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 8 Ogos 2012

Juadah berbuka puasa 19 Ramadhan


Alhamdulillah, hari ni dah masuk 19 hari kita berpuasa.  Hari ni tercari-cari juadah apa nak dihidangkan buat keluarga tercinta.  Di sekolah sibuk dengan berbagai-bagai resepi.  Terpikat dengan resepi mudah daripada Pn. Faridah rakan sekerja. Kak Mai cuba ubah-ubah sikit je nak sesuaikan dengan bahan yang sedia ada.Resipinya cuba-cubalah tinjau-tinjau di bawah nanti. Sebelum tu, Jom lihat apa juadah berbuka kami sekeluarga hari ni:

.

Menu 19 Ramadhan.....Alhamdulillah kenyang..
.


Sambal sotong

Sup sayur bebola ikan
Ikan bakar daun pandan + cicah kicap

Menu kami biasa-biasa saja, sambal sotong, ikan bakar, dan sup sayur bebola ikan.Yang luar biasa sikit ialah puding roti yang baru first time cuba  buat.  Alhamdulillah anak-anak pun suka makan.  Ni resepinya.....





    
Resepi puding roti 
by: Faridah Misbah

Bahan-bahan:
1 buku roti
1 tin susu cair
1/2 santan kotak (tambah air hingga jadi 1 tin)
3 biji telur
1 cawan gula
sedikit garam

Caranya:
Pukul telur, susu, santan, gula dan sedikit garam.  Carik-carikan roti dan masukkan dalam adunan tadi.  Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit. Siap.

Di bawah ni kak Mai ubah sedikit je cara dan bahan sebab nak sesuaikan dengan apa yang ada di rumah. Jom skodeng:





Bahan A:
1 tin susu cair
1 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu butter/majerin
secubit garam

Bahan B:
10 keping roti
1 kotak kismis (jika suka boleh letak ceri atau seangkatan dengannye he he he)

Cara:
Semua bahan A dibland sebentar. Tuang dalam loyang. Carik-carikkan roti. Tekan-tekan sedikit bagi padat dan rata. Tabur kismis atasnya jika suka. Kukus 20 minit dan kalau nak kering sedikit bakar 10 minit suhu 150C. Boleh hidangkan sejuk atau panas.
Selamat mencuba.  






Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...