Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 9 Ogos 2012

Apam Pisang

Assalamualaikum semua.  Alhamdulillah hari ni menjangkau hari ke 20 bulan yang mulia ini.  Rasanya masing-masing dalam kesibukan samada menyediakan juadah berbuka puasa, tak kurang juga untuk persiapan untuk Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi.  Dalam mengejar kesibukan duniawi, janganlah kita  terleka dan lalai pula tanggungjawab kita terhadap yang Esa.  Bulan nilah kita merebut peluang melipat-gandakan amalan kita, lebih-lebih lagi di 10 malam-malam terakhir ini.  Semoga kita sama-sama dapat merebut peluang itu.   

Keadaan diri masih kurang sihat, namun redha dengan ketentuan ILLAHI hanya dia yang lebih mengetahui.. Syukur kehadrat ILLAHI, kerana hari ini rasa  lebih selesa berbanding semalam. Jom jenguk dapur kak Mai. Apalah agaknya menu yang hendak dihidangkan buat keluarga tersayang nie.  

Pisang dari kampung dah meranum, cekodok sudah, penkek(lempeng cakap orang melayu) sudah, kek sudah..apa nak buat dengan pisang nie ye?  Mengapamlah pula nak.  Mengodek internet hari ini terjumpalah resipi di My Resipi. Tapi kak Mai ubah sikit memandangkan pisang tu banyakkan.


Bahan-bahan:
2 cawan pisang lecek 
2 cawan gula perang 
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sk bicarbonate soda
1/2 cawan susu segar
sedikit coklat rice (jika suka)

Cara-cara
Tepung dan bicarbonate soda diayak bersama.
Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.Tambah dengan coklat rice jika suka.
Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.
Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.



Resepi asal
by MyResepi.

Bahan-bahan ( 1 familly  )
1 cawan pisang lecek 
1 cawan gula perang / gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sk bicarbonate soda
4 sb susu segar
Cara-cara
Tepung dan bicarbonate soda diayak bersama.
Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.
Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.



Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...