Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 14 Julai 2012

Russian Black & White Chocolate Cake.


Assalamualaikum semua teman-teman.  Lama tak menjenguk blog nie...sibuk.  Hari ni nak kongsi resipi Russiaan Black n White cake...dulu pernah buat, tapi tak ikut betul-betul main buat ikut bahan-bahan yang ada... Kali nie cuba buat dengan sepenuh hati dan semua bahan-bahannya berpandu pada resepi di bawah ni.


Kek ni tempahan acik Zaimah untuk anaknya Huriyah....yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada esok hari (15 Julai 2012). Resepi ni dah lama kak Mai simpan tapi lupalah pula ambil dari mana. dan kak Mai ada ubah sikit-sikit je. Terima kasih banyak-banyak kepada  empunya resipi asal ye. Jom kita tinjau resipi di bawah ni.



Resepi  RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
Bahan A : (pukul sampai kembang + putih + gebu)

3 biji telur gred A

2 cawan (430g) gula castor



Bahan B : (ayak sekali)

2 cawan tpong superfine (290g)
1 cawan koko (100g)
1 sudu teh baking powder D/A
1 sudu teh soda bikarbonat


Bahan C : (campurkan sekali)

1 cawan susu full cream

1 cawan minyak jagung
1 sudu makan esen vanila
1 sudu makan gliserin



Bahan D :

1 cawan air didih



CARA-CARA :

  1. Pukul A sampai kembang.
  2. masukkan B & C selang seli dlm A. gaul sebati
  3. Bila sebati, masukkan D. gaul rata.
  4. Masukkan dalam loyang yang sesuai. Kak Mai bagi dua loyang.
  5. Bakar suhu 175 darjah celcius - 40 minit - 50 minit.
  6. Sejukkan kek sebelum menghias.



CHOC. GANACHE

800g cooking choc
800g fresh cream
2 sudu butter



cara : panaskan fresh cream sampai ada bubble tepi loyang- double boil, tuangkan cooking choc.- tutup api dan kacau smpi coklat cair. masukkan butter. biarkan pekat.



FILLING CREAM CHEESE



Bahan A : ( pukul adunan sehingga lembut)



250g philadelphia cream cheese

125g mascarpone cheese
2 sudu teh nescafe (bancuh dgn sedikit air/ kak Mai guna Cuppucino paste
60g icing sugar



Bahan B : (pukul hingga soft peak)

400g whipping cream (den guno fresh cream yo)



* campurkan A & B. kacau sebati










CARA NAK LAYERKAN KEK DAN MENGHIAS:
  1. MASUKKAN CHOC GANACHE YG PEKAT DLM PIPING BAG DAN JUGA FILLING CHEESE DLM PIPING BEG YG LAIN.
  2. FIRST LAYER : PICITKAN CHOC. GANACHE KT TGAH2 KEK, PASTU PICITKAN CHEESE. BUAT BUALATAN UBAT NYAMUK SECARA BERSELANG HINGGA KE TEPI KEK(Macam gambar di atas ni)
  3. SECOND LAYER : PICITKAN FILLING CHEESE KT TGAH2 KEK, PASTU PICITKAN CHOC. GANACHE..ikut step mcm 1st layer..buatlah berselang seli
  4. BILA SELESAI KEMASKAN KEK....DAN CURAHLAH CHOC GANACHE YG CAIR SIKIT KE ATAS KEK.  
  5. SIMPAN SEKEJAP DALAM PETI SEJUK SEMENTARA MENUNGGU SEBAHAGIAN COCOLATE MEMMEKAT (UNTUK DECO SIMPAN SEKEJAP DALAM PETI SEJUK)
  6. KEK SEDIA UNTUK DIDECO IKUT SUKA MATA KITA YANG NAK PANDANG HE HE HE.......


Pandangan atas.....


OK SELAMAT MENCUBA..

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...