Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 22 Julai 2012

Juada Berbuka Puasa 1 Ramadhan

Asalamualaikum.  Selamat berpuasa kepada semua teman-teman. Alhamdulillah. Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Baru ni berkesempatan untuk memasukan pic menu berbuka puasa 1 Ramadan.  Asalnye semalam nak masak rendang stok masa sahur En. Abang. Pagi-pagi lagi dah naikkan periuk masak nasi himpit kononnye nak makan dengan rendang.  Tapi menu berubah akhirnya anak-anak teringan makan roti jalalah pula.  So kak Mai kena menjalalah pula petang tu.  Menu rendang berubah kepada kari daging untuk dimakan bersama roti jala.





Roti Jala.
Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan  air (agak-agaklah kepekatannye)
3 sudu susu tepung (ganti santan)
sedikit garam
sedikit kunyit
1 helai daun pandan (disimpul)
sedikit minyak.

Cara:
Masukkan  1 cawan air susu, tepung (ayak dulu) , telur, garam  dan sedikit kunyit ke dalam blander.  Putar dan masukkan air sedikit-sedikit.

Masukkan lagi susu sehingga pusaran di dalam blander tu sebesar syiling 20 sen.  Jika pusarannye terlalu besar maknanya kurang tepung dan sebaliknya kalau kecil perlu tambahkan sedikit air,

Masukkan adunan dalam botol khas ( kak Mai beli di Sakan Nilai) . Sapukan kuali dengan minyak menggunakan simpulan daun pandan.  Tebarlah lah jala dengan berhati-hati.

Lipat atau gulung seperti di bawah.Sedia untuk dihidangkan dan dingap dengan kari daging.






Selamat menjalani ibadah puasa.






Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...