Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 23 Julai 2012

Juadah Berbuka Puasa 3 Ramadhan


Asalamualaikum semua.  Apa menu berbuka puasa hari ni?  Hari ni dah 3 hari kita berpuasa.  Kalau masih tercari-cari menu apa nak masak jomlah kongsi dengan kak Mai.  Hari ni kak  Mai nak masak gulai ikan sungai, sotong goreng tepung, sup sayur campur , sambal belacan , kuih hari ni nak buat ondeh-ondeh keledek.
Jang..jang..jang....Alhamdulillah siap juga menu berbuka untuk hari ini.



Untuk makluman kekawan, Sabtu lepas kak Mai balik kampung jengah mak mertua sambil meninjau-ninjau kebun di kampung.  Masa kami sampai, adik ipar baru balik dari sungai.  Nak tengok apa yang dia tangkap....jom.

Kenal tak ni ape?  Ini udang galah.....goreng pun sodap he he he.... Segar beb......


Ini pula ikan ape?  Belukang kot.......sedap tau ikan ni kalau masak asam pedas atau kuah lada dengan rasa jintan wow......rindunye masakan mak Temah.....

Ini pula ikan ape ye? Maaflah tak kenal..tak sempat nak tanya ayah he he he....tapi antara ikan-ikan nilah yang kak mai masak gulai lemak di bawah nie.....Memang sedap, lemak manis rasa ikan baru tangkap.



Gulai lemak ikan sungai dengan asam belimbing.

  • Cili api (ikut suka kak Mai letak sikit je sebab anak2 kecil yang nak makan)
  • Kunyit hidup.
  • Daun kunyit/ daun limau purut
  • Asam belimbing buluh.
  • Garam secukup rasa.
  • Semangkuk santan 


Cara:
Blend cili api dan kunyit hidup.
Masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan.
Kacau ye sebentar.  
Masukkan santan , ikan ,belimbing buluh dan daun kunyit/daun limau purut.
Kacau selalu hingga masak.  

Sebagai pemanis mulut, hari  ni kak Mai buat onde-onde keledek @ Buah Melaka Keledek.  Keledek ni dari kebun kami di kampung.

.
Hasil dari kebun.

Jom kita buat onde-onde keledek.


Bahan-bahan:

4 buku keledek( tak kisahlah isi oren ke ungu ke janji keledek).
sedikit tepung ubi

Inti:
gula melaka asli - potong dadu

Salutan:
kelapa parut putih (kukus & taburkan sikit garam)


Caranya:

  1.  Rebus keledek hingga empuk. buang kulit dan lecek.
  2.  Keledek yang telah dilecek halus dicampurkan dengan sedikit tepung ubi, agak-agaklah ye jika  dah   boleh dibentuk sudah memadai, terlebih tepung nanti adunan jadi liat.
  3.  Ambil sedikit, leperkan dan isi inti gula melaka, tutup kemas menjadi bebola. Saiz terpulang...tapi janganlah terlalu besar pula.
  4. Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih,
  5.  Sambil buat sambil masukkan dalam air mendidih pun boleh @ nak siapkan semua baru rebus...ikut cara masing2 yang mana mudah @ boleh jimat masa.
  6. Masukkan dalam air mendidih (nak letak daun pandan pun boleh), biarkan kuih timbul,  terus angkat & toskan untuk menggelakkan kuih pecah.
  7. Kemudian, golekkan atas kelapa parut tadi. Sedia untuk dihidang dan dingap..
Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita dapat meningkatkan  lagi amalan kita bukan sahaja di bulan yang mulia ini malah bulan-bulan seterusnya. Insyallah.


Masak sendiri, rasa sendiri,  jom makan ramai-ramai..................

1 ulasan:

adda syuhada berkata...

dah selalu tgk umh kawan2 dok tayang onde2 keledek..tp xpernah lagi la cuba buat..rasa pun xpernah lgi..nampak sedap..terliur jer..

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...