Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 24 Julai 2012

Juadah Berbuka Puasa 4 Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ni sudah 4 hari kita menjalani ibadah puasa.  Apa menu hari ni?  Dapur kak Mai hari ni masak ayam goreng halia, sayur campur masak lemak, sambal goreng bilis dan kuih keria. Jom layan.







Resepi kuih keria ni kak Mai ambil dari My Resepi...terima kasih ye...


Bahan-bahan:
  • 500gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Caranya:
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan letak sedikit garam.
  3. Lenyek hingga hancur ketika ubi masih panas.
  4. Biarkan sebentar hingga betul-betul sejuk.
  5. Masukkan tepung dan uli hingga sebati.
  6. Bentukkan seperti gelang dan goreng hingga perang.
  7. Masak gula dengan sedikit air dalam kuali hingga pekat.
  8. Masukkan kuih tadi dan balik-balikkan hingga semua bahagian kuih bersalut gula.
  9. Kacau hingga gula mengeras dan melekat pada kuih dan tidak melekit.
  10. Siap untuk di hidangkan.
Selamat Berpuasa......





Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...