Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 25 Julai 2012

Juadah Berbuka Puasa 5 Ramadhan


Asalamualaikum dan selamat malam.  Alhamdulillah hari ni dah pun 5 hari kita di bulan Ramadhan.  Syukur atas nikmat kurniaan Ilahi. Lebih-lebih lagi kita dapat berita gembira hari ni...bonus setengah bulan gaji. Terima kasih di atas rahmatMu dan rezeki yang diberikan.  Apa menu berbuka kawan-kawan hari ini?  Hari ni kak Mai letihlah..so masak pun ringan-ringan jelah....Jemputlah masuk rumah kak Mai, ini jelah hidangan yang sempat disediakan hari ni...Alhamdulillah....


Menu ni tak dirancang pun...Ba;lik dari sekolah terus singgah ke kedai. Tinjau-tinjau apa nak masak petang nanti.  Mata terpandang pada ikan Nyok-nyok tapi semuanya besar-besar.  Kalau ada yang kecil sedikit mesti kak Mai beli, sebab abang memang suka makan ikan ni masak kari. Alahamdulillah ada pun....


Kak Mai carilah pelengkapnye...mestilah bendikan...dan capai sayur sawi sebab Hakim memang suka makan sayur sawi digoreng dengan sos tiram.


Resepi kari ikan.

Bahan:
1 ekor ikan (ikan nyok2 memang sedap)
sedikit halia
sedikit kunyit
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (malas nak kupas bawang kecil)
4 sudu makan serbuk kari ikan.
2 sudu makan cili mesin (tak letak pun x ape)
Air asam jawa.
Bendi 
Tomato
Daun kari
Garam secukup rasa.

Cara:
  1. Blend semua bawang, halia dan kunyit.
  2. Campurkan dengan rempah kari dan sedikit cili mesin.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis rempah. Masukkan daun kari.
  4. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam dan ikan.
  6. Bila hampir masak masukkan tomato dan bendi.
  7. Jangan lupa letak garam ye....dan sedia dihidangkan. Selamat berbuka puasa.


Heee...ini pula sawi goreng sempoi tu.....nak bagi resepi pun malu..tapi sedap tau sebab anak kak Mai (Hakim) memang suka sangat lebih-lebih lagi jika makan masa panas.


Bahan :


  • Sawi (tak tau sawi jenis ape)
  • 2 ulas bawang putih racik halus
  • 3 sudu sos tiram.
  • Hirisan cili merah jika suka
  • Sedikt minyak untuk menumis
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
  2. Bila kekuningan masukan secawan air.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
  4. Masukkan sayur sawi , cili dan biar hingga masak (jangan terlalu lama nanti layu sangat kurang menarik)
  5. Sedia untuk dihidang.






Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...