Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Jumaat, 1 Jun 2012

Spaghetti


Asalamualaikum.  Hari ni pagi-pagi dah start enjin...bukan enjin kereta tapi tenaga untuk menguli roti dan membuat pizza serta spaghetti ni semata-mata untuk anak-anak.  Hari ni semua anak ada di rumah.  Along balik dan esok pagi-pagi lagi  Haziq dah ke KEM MOTIVASI tajaan TNB.  Dah kurang seorang...Jadi ambil kesempatan buatkan makanan kegemaran mereka sementara semuanya ada di rumah. Oklah lepas mengadun roti dan pizza kak Mai buat spaghetti ni.  Resepi nie untuk anak ramai yo...kalau keluarga tak ramai kurangkanlah.



Bahan-bahan: 
Kuah Spaghetti (untuk makan ramai sampai ke petang nie)
  • 800 g Daging cincang
  • 6 ulas bawang putih dimayang
  • 4 biji bawang besar dimayang (didadu)
  • 1 inci halia dimayang
  • 3 camca besar cili mesin
  • 6 camca besar minyak zaitun
  • 1/2 botol besar Sos Spaghetti  
  • 600g puri tomato
  • 1/2 tin cendawan butang (dihiris)
  • 4 batang lobak (dadu)
  • 6 biji tomato (3 kisar dan 3 didadu)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 peket spaghetti,
  • 4 camca teh minyak masak, 
  • 2 camca teh garam
  • Air masak untuk pekat atau cair kuah
Antara bahan-bahan dari dapur Kak Mai....pilih, pilih,pilih........


Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak zaitun , tumiskan bawang putih, bawang  besar dan halia sehingga naik bau
  2. Masukkan cili mesin dan daging cincang dan ditumiskan agar separa kering dan masak.
  3. Masukkan lobak .Kemudian tuangkan sos Spaghetti dan puri tomato serta 2 cawan air masak, kacau sebati dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan cendawan butang yang telah dihiris halus.
  5. Tambahkan  gula,   dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga mendidih. Pastikan daging cukup masak sebelum diangkat. 
  6. Di dalam periuk lain didihkan air, masukkan 4 camca teh minyak masak dan garam. Setelah mendidih rebuskan spaghetti. 
  7. Angkat, toskan spaghetti dan sedia untuk dihidangkan bersama kuah yang dimasak tadi. Selamat Menjamu Selera.



2 ulasan:

Kak Noor berkata...

Selera makan spagheti ni bila ramai-ramai berkumpul. Puas hati sebab masak sendiri. Kalau kat kedai sepinggan dah berapa rm? Kalau anak-anak ramai tu... eloklah buat sendirikan!

Maizah Jalil berkata...

Betul tu kak Noor. Lagi macam saya ni anak ramai. Sesekali tu makan juga d luar. Tapi kalau masak sendiri puaslah anak-anak makan.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...