Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 30 Mei 2012

Lepat Ubi Kayu

Asalamualaikum semua.  Hujung minggu lepas meredah kebun lagi.  Biasalah mesti ada yang akan dibawa pulang. Kali ni abang congkel ubi kayu.  Dah puas membengkang kali ni melepatlah pulak.  Kak Mai meredah apa yang ada di dapur je....sorilah biasa orang buat lepat guna kelapa parut memandangkan angin malas dah tiba maka kak Mai ganti rasa  lemak kelapa dengan susu tepung jer...dan...satu lagi disebabkan tak de gula tebu di dapur kak Mai, kak Mai gunakan gula perang he he he...kita yang nak makan belasah jelah..jom layan kalau nak ikutlah....



Bahan:
  • 1 kilo ubi parut
  • 1/2 cawan  susu tepung (saja letak sebab tak jumpa kedai nak beli kelapa parut he he he)
  • 2 cawan gula perang (kilang gula tebu terbakar he he he)
  • garam secukup rasa
  • daun pisang untuk membalut
  • 1/2 cawan coklat urai (kalau suka)

Cara-cara
  1. Ubi kayu diparut perah airnya dan biarkan sagunya mendak.
  2. Setelah itu, buang air atas dan gaulkan sagu bersama ubi, susu tepung,dan gula perang sehingga sebati.
  3. Tambahkan sedikit garam dan taburkan coklat urai.  Gaul sebati.
  4. Letakkan di atas daun pisang yang telah dilayur atas api,dan balutkan. (Kalau nak tahu cara balut cuba tinjau di bawah ni yo....)
  5. Kukus selama 15-20 minit. Biarkanlah sejuk sedikit barulah dihidangkan.  Boleh juga kalau nak makan panas-panas itupun kalau tahanlah ye....
Jom belajar cara membalut lepat ni:

Letakkan dua sudu adunan.

Kemaskan guna sudu.

Balut seperti dalam gambar di atas.

Potong baki daun.

Potong hujung kiri dan kanan daun.

Lipat ke bawah dengan kepas kedua-dua hujung.

Susun dalam pengukus.

Kukuslah selama 15-20 minit.

Sedia untuk dimakan .

Selamat mencuba.






Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...