Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 29 Mei 2012

PAJERI NANAS

Asalamualaikum.  Jalan-jalan dalam FB tersangkut dengan gambar pajeri nanas Zunainah Paiman ni.  Jom kita kongsi sama-sama.  Terliur memandangnya. Kak Mai memang suka pajeri tapi masalah pada anak-anaklah mereka tak makan. Resipi ni kak Mai simpan dulu tunggu giliran nak buat. Nampak je dah menyelerakan.  Jom kita intai resipinya.


 Resipi dan gambar : Zunainah Paiman


Bahan:
  • 1 biji nanas
  • bawang besar
  • mawang putih
  • 1 in halia
  • udang kering
  • lada merah (belah dua memanjang)
  • rempah tumis
  • sedikit jintan halus (jika suka)
  • gula dan garam secukup rasa
Cara:
  1. Bersihkan nanas, potong bulat dan dibelah 4.
  2. Rebus nanas sebentar hingga air mendidih kemudian tutup api dan toskan.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering.
  4. Panaskan kuali tumiskan rempah tumis dan bahan tumbuk tadi.  Masukkan juga serbuk kari.
  5. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan nanas dan tambahkan air hingga menutupi nanas.
  7. Masak dengan api sederhana.
  8. Bila hampir kering masukkan garam, gula dan lada merah yang dibelah dua.
  9. Masak hingga nanas layu dan mesra dengan rempahnya. Jika nanas masih belum layu, tambahkan sedikit air lagi. Pajeri ni sedap dimakan jika rempahnya betul-betul sebati dengan nanas dan nanas betul-betul layu.  Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...