Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 29 Mei 2012

Donut pintal.


Assalamualaikum semua teman-teman.  Hari ni dah hari Selasa.  Maknanya sudah empat hari bersama anak-anak di cuti sekolah ni.  Biasalah cuti-cuti ni kenalah layan mereka ni.  Si kecil nak makan donut.   Layan jugalah.  Pagi-pagi sebelum hantar angah ke sekolah (kelas robotik) sempat mengadun doh untuk buat donat. 

Resipi ni rasanya yang paling senang dan sedap serta lembut dan gebu sampai ke petang.  Kalau nak cuba skodeng  di bawah ni....




Donut ni sesuai untuk minum pagi atau petang atau bila-bila je kita suka....Donat yang atas tu kak Mai hidangkan anak-anak pagi tadi.  Separuh simpan untuk angah dan ayahnya.


Ini sajalah yang tinggal menjelang malam.... memang lembut dan sedap sampai ke malam... Resipi ni kak Mai dapat dari kekawan juga di FB tapi tak ingat dari siapa.  Yang punya resipinya terima kasihlah ye memang berbaloi-baloi.  Jom layan ...

Bahan-bahan:
  • 4 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 pkt (11gm) yis (kak Mai biasa guna Mauripan)
  • 1/2 sudu kecil ovelet
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula kastor
  • sedikit garam
  • 1 cawan air suam (agak-agaklah ye masa mengadun)
Caranya:
  1. Macam biasalah campurkan semua bahan kecuali air( campurkan sedikit-sedikit masa menguli) uli dalam 10 minit.  Maaflah Kak Mai lebur je semua termasuk satu cawan air tu dalam mesin pengadun he he he...biar mesin tu menguli ikut sukalah yang penting sampai doh tu licin dan lembut serta tak melekat pun pada tangan.
  2. Tutup dengan kalin lembab selama 1/2jam. Menang naik berganda-ganda.
  3. Kemudian teraplah guna acuan donut atau buatlah bentuk-bentuk kesukaan.
  4. Lepastu gorenglah dengan api perlahan hingga kekuningan.
  5. Angkat(lapis dengan tisu agar minyaknya tos)
  6. Taburkan gula aising atau golekkan dalam gula kastor seperti di bawah ni. Selamat makan.



Merungut lagi anak dara sorang nie...tak cukup katanya...dah janji esok kena buat lagilah nampak nye...memang anak-anak suka sebab tak menjemukan. Di bawah ni saja nak ubah stail.  Kak Mai pintal macam anyam tocang rambut...rasanya semua orang tahukan......

Pada yang tak tahu cara nak memintal...jom sama-sama kita tinjau di bawah ni.....

  Bulat-bulatkan adunan dalam 35g sebiji (ikut suka) Tapi jangan besar sangat nanti membesar lagi tu bila digoreng.

Guling macam silinder memanjang

 Bahagi tiga

Cantumkan hujung (cantum betul-betul sebab boleh terbuka masa mengoreng)

 Ikutlah step by step gambar-gambar nie ye..nak cakap pun tak tahu.



Akhir sekali, cantumkan ketiga-tiga hujung dengan kemas.  Biarkan sebentar sebelum menggoreng.

Oklah tak rugi kalau mencuba resipi ni.  .....Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...