Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 27 Mei 2012

Jam Nanas

Assalamualaikum.  Bertemu lagi di pagi Ahad yang indah ini.  Hari ini cam biasa jalan-jalan cari sarapan pagi di gerai roti canai di Pasar Borong Nilai 3.  Sebelum balik singgah pasar belilah apa-apa yang patut. Nampaklah timbunan nanas yang segar, rasanya baru sampai tu.  Segera kak Mai beli 10 biji untuk buat jem nanas petang nanti.   Balik je kak Mai minta tolong abang buangkan kulit sebab kak Mai nak blend jer malas nak parut-parut. Ingat  lagi masa kecik-kecik biasanya orang buat jam parutkan...sampai kecut-kecut tangan.  Sekarang dah banyak kemudahannya pilihan atas kita nak ke tak nak buat betul tak?.. Biasalah manusiakan....dah senang nak senang lagi...paling senang beli je yang dah siap. Rasanya ok juga tapi lebih sedap kalau buat sendiri dan kosnya pun lebih murah.  Sebenarnya macam-macam cara boleh kita ikuti untuk membuat jam nanas ni.  Ada yang guna oren sunquick, ada yang guna apple hijau dan macam-macamlah.  Ikut kata hatilah sedap je tu. 

Nak ikut kak Mai buat Jam di Dapur kak Mai ke??? Ini resepi asli dari kak Mai. Jomlah try....

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 10 biji nanas muda (kalau dapat separuh muda separuh masak lagi bagus)
  • 3 kilo gula pasir
  • 2 bungkus jam yang dah siap.
  • 2 sudu besar emulco oren
  • 4 sudu besar jus lemon (ikut nanas kalau banyak muda kurangkanlah)
  • 2 sudu besar vanila
  • sedikit air (untuk blend nanas)
Cara-caranya:

 Nanas dibuang kulit dan matanya.(kalau rajinlah kalau tak mesin je pun boleh gak)

 Potong kecil-kecil.


Masukkan dalam blender( biasanya 1/2 biji sekali mesin) dan tambahkan sedikit air kalau tak nanti mesin mogok.

                              Tuangkan dalam periuk nasi elektrik. Biarkan  dan sesekali dikacau.

Macam tanak nasi, bila hampir kering butangnya akan meloncat.  Tapi jam ni belum cukup kering lagi.  
Masakkan pula atas dapur gas. Campurkan 2 bungkus jam nanas yang dibeli.  Kemudian  masukkanlah gula, vanilla, jus lemon,  dan oren elmaco.  Kacau hingga sebati.


Perlahankan sedikit apinye ye....dan perlu kacau selalu nanti berkerak atau hangit lah pulak jam tu.  Bila dah kering tutuplah apinya biarkan jam tu sejuk dalam periuk tu dulu.  


 Tadaa.....dah sejuk dah nie...bolehlah diangkat dan simpan dalam bekas yang sesuai. 




Selamat buat jam nanas ye...... Bolehlah buat tart nanas untuk jualan raya nanti.  Kak Mai nak start buat tart untuk sampel hari raya gak ni.  Cau cin cau dulu.......

1 ulasan:

Maizah Jalil berkata...

Kopi nanas....hebat.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...