Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 27 Mei 2012

Paprik Ayam Sempoi


Assalamualaikum semua teman-teman.  Hari ni  di dapur kak Mai masak simple-simple je...Paprik Ayam Sempoi (tak pedas sesuai untuk anak-anak kecil) dan Sotong Goreng Tepung (permintaan angah sebab dah lama tak makan sotong)



Bahan-bahan:
  • 2 keping dada ayam (potong dadu)
  • 1 labu bawang besar (belah 6)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji tomato ( belah 6)
  • 3-4 helai daun limau purut.
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 batang kacang panjang (potong panjang)
  • 1 batang lobak (potong ikut suka)
  • 1/2 biji capsicum (potong dadu)
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • Minyak untuk menumis.


Caranya:
  1. Cuci  daging ayam dan toskan.  Gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan biarkan kecut sebentar.
  4. Masukkan  lobak, kacang panjang, daun limau, serai dan gaul rata.  Tambahkan sedikit air.
  5. Tambahkan ke semua sos. Jika kurang pekat tambahkan campuran air dan sedikit tepung jagung.
  6. Masukkan  casicum  dan tomato.  Kacau rata hingga sayur lembut. Angkat dan bolehlah dihidangkan.
  7. Taburkan dengan daun bawang dan daun ketumbar (jika suka) ketika menghidang.
Paprik ayam ni sekali hadap dah tamat.  Sedap dimakan ketika hidangan masih panas.  Selamat mencuba ye....




Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...