Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 9 Disember 2011

Seri muka Durian

Ding Dong…Ding Dong….pagi-pagi Jumaat yang indah ni dah ade tamu ke?  Oooo Kak Noriah jiran sebandar Bukit Mahkota rupanye. Alamak bawa apa tu…? Durian dan rambutan ni dari kampung…ambillah..Terima kasih kak Noh..kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.  Dalam hati dah terbayang esok nak pi makan durian di Kuala Kangsar…Nak baut apa dengan durian nie ye? Selongkar gerobok buruk terjumpa sekilo beras pulut….eloklah tu malam nanti ada kenduri rumah bang Aim di Seremban boleh bawakan serimuka durianlah…..Jom apa lagi mari teman kak Mai buat talam…..Kak Mai belasah je nie agak2 jelah …alhamdulillah jadilah pula tapi pulut tu kurang masin dan santannya kurang lemak (maklumlah santan tu stok dalam peti sejuk..guna mana yang ade) Di bawah ni kak Mai turunkan resepinya yang pasti ok sesedap rasa ye……
IMG_5217
Bahan-bahan:
  • 500g pulut direndam satu jam /lebih dengan air
  • 3 helai daun pandan (di belah 2)
  • 500 ml santan pekat (anggaran)
  • 200 gm isi durian
  • 500 ml air
  • 220 gm gula
  • 2 biji telor
  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung kastad
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan air kukusan..biar mendidih. Susun daun pandan dalam loyang 10 x 10 in. Letak pulut yg telah dicuci bersih dan ditoskan airnya. Masukkan 400 ml santan pekat tambah sedikit air yg dicampur dengan 1 sudu kecil garam. (santan mesti hapus paras pulut, kalau terlebih santan boleh buang sikit, kalau kurang tambah dengan air biasa)
  2. Bila air dah didih kukus pulut selama 20minit. Kemudian angkat dan keluarkan dari pengukus. Buangkankan daun pandan. Kuak-kuakkan pulut supaya rata kemudian tekan-tekankan supaya padat( celup sudu dengan air supaya tidak melekat atau gunakan daun pisang)
  3. Kukus semula pulut sementara membuat bahagian atasnya pula.
Bahagian atas kuih:-
  1. Isi tepung gandum dan tepung kastad dalam satu bekas. Kemudian campurkan gula , telur dan garam sedikit. Masukkan air, isi durian dan pati santan (100ml) sikit2 dan kacau perlahan2. (atau bahagi 2 dan blender )Selepas semua bahan sebati tapiskan bahan tadi ke dalam periuk.
  2. Masak bahan dalam periuk dengan api yg kecil dan perlu kacau selalu. Selepas bahan hampir likat (bahagian bawah mula berketul-ketul) , tutup api dan terus kacau...biar sekata dan tidak berketul-ketul.
  3. Buka penutup pengukus dan tuangkan perlahan-lahan bahan tadi di atas pulut. Tutup semula pengukus dan biar   masak selama 20-30 minit.
  4. Selepas masak keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk. Kemudian barulah dipotong untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
  5. IMG_5219

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...