Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 17 Disember 2011

Kek Karamel Cappuccino

IMAG0992
Sumber asal : Munira Baharom
Olahan: myzajalil (step by step)
Bahan-bahan A(gula hangus):
  • 2 sudu besar gula ( utk loyang saiz 8") jika loyang besar tambah lagi
    (Jadikan gula hangus, fungsinya untuk mengelakkan loyang melekat)
IMAG0919IMAG0921
Bahan-bahan B(karamel):
  • 1/2 tin susu cair
  • 50gm gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 kuning telur
Cara buat karamel:
  1. Campur semua bahan B dalam mangkuk.
  2. Kacau perlahan-lahan hingga sebati (jangan sampai berbuih)
  3. Tuangkan dalam loyang  gula hangus tadi.
  4. IMAG0918IMAG0922
  5. Bakar menggunakan kaedah double boiler 180 darjah selama 15 minit menggunakan api bawah sahaja (kukus pun boleh tapi kak Mai bakar sekejap untuk pekatkan karamalnya) Sementara tu kita sediakan lapisan kek.
/
Bahan-bahan C (Lapisan kek)
  • 140gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 1 cmt baking powder
  • 45ml minyak
Cara-caranya:
  1. Campurkan gula, kuning telur, air dan minyak dalam mixer.
  2. Putar hingga kembang.
  3. Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan dalam adunan tadi.
  4. Putar lagi hingga sebati dan biarkan sebentar.
IMAG0927
Bahan-bahan D(Meringue):
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 cmt krim tar2
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua  bahan D dalam mixer.
  2. Putar hingga bertanduk.
IMAG0930
Langkah seterusnya:
  1. Campurkan C dan D dan kacau guna kaedah kaup balik.
  2. IMAG0931MyzajResipi
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan (kak mai guna perasa cappuccino)
  4. Keluarkan  B dari oven. Tuangkan adunan hati-hati , berselang-seli hingga habis  .              IMAG0935IMAG0937
  5. Bakar dalam oven kaedah double boiler selama 40 minit menggunakan api  bawah kemudian 15 minit  lagi menggunalkan api atas bawah.
  6. Bila masak sejukkan kek dahulu sebelum keluarkan daripada loyang.
  7. Kemudian masukkan  ke peti sejuk selama 1 jam barulah dipotong dan dinikmati.


Nota:
Dah beberapa kali buka blog kekawan ternampak kek karamel nie. Biasanya sebelum buat study dulu resepinya (bahan ada ke tak dan cara membuatnya senang ke susah )Alhamdulillah akhirnya hari ni kuatkan semangat cuba buat juga. Jadilah juga tapi taklah secantik yang kekawan buat.  Tapi rasanya sangat sedap. Terima kasih kepada munira baharom tuan punya resepi asal, tak lupa juga pada Zuraini Alias dan  norma.


Ini kek kramal kali kedua (14.3.2012) dibuat...alhamdulillah....



Kali ke tiga cuba buat kek ni pada 4 Mei 2012.  Masih tak puas hati.  Kurang cantik ......


Nak cuba sampai jadi.  Insyallah dalam membuat sesuatu tidak boleh berputus asa.  Sebenarnya nak putus asa juga.  Tapi pagi ni saja-saja kuatkan semangat...jalan-jalan ke blog Azlita masam-manis...terbacalah,....antaranya yang boleh dianggap petua berguna untuk kak Mai cuba kek tu lagi....


  •  Bekas gunakan 8" X 8".
  • Tambahkan adunan adunan karamel sekali ganda untuk dapatkan lapis yang tebal sikit supaya   lebih cantik.  
  • Tapis karamel tu masa masukkan dalam gula hangus.
  • Karamel tu tak perlu dibakar dulu, terus saja lapiskan dengan adunan kek tu berselang-seli.  Menurut Azlita, karamel dan kek tu tak akan bercampur sebab adunan kek tu ringan.
  • Masa nak terbalikkan kek tu perlu letakkan pinggan atas kek dan terbalikkan kek hati-hati, biarkan kek turun perlahan-lahan.
  • Lap air yang ada pada karamel segera dengan tisu supaya kek dan karamelnya nampak cantik.
Kak Mai akan cuba buat lagi. Insyallah akan gunakan tip-tip yang diperolehi daripada kekawan. Harap-harap kali ni akan menjadi.











  

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...