Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 18 Disember 2011

Puding Labu

IMG_5649
Bahan-bahan:
  • 1 biji labu
  • 300gm gula (ikut sukalah)
Bahan A:
  • 1/2 paket (20gm) agar-agar
  • sehelai daun pandan
  • 1 liter air
Bahan B:
  • 1/2tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
Cara-cara:
  1. Tebuk labu ikut bentuk yang digemar. Contoh spt. di bawah. Buang biji, bersihkan dan kukus.IMG_5618
  2. Masak Bahan A hingga  larut.
  3. Masukkan gula dan biar hingga larut. Kemudian tapis.
  4. Keluarkan labu dari kukus dan korek isinya seperti di bawah.IMG_5626
  5. Campurkan  isinya bersama bahan B, dan dikisar hingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam larutan agar-agar  dan kacau tanpa henti (takut membuak) 
  7. Masak lagi hingga mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam bekas labu yang dikorek tadi.
  8. Jika ada berlebihan tuang dalam bekas lain,
  9. Sejukan dan bolehkah dipotong atau disudukan untuk dimakan…..yummy…Selamat mencuba.
IMG_5641IMG_5673

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...