Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 30 November 2011

Talam Ubi Kayu

 

IMG_5092

Lapisan bawah
1 kilo ubi kayu
2 cawan air
250gm gula melaka/enau
250gm gula pasir
Lapisan atas
60gm tepung gandum
60gm  tepung beras
4 1/2 cwn santan - 1 biji kelapa
1 sk garam

Cara-cara:

  1. Kisar ubi kayu dengan secawan air. Tapis guna kain kasa dan mendakkan sagunya(20min)
  2. Buang air tapisan ubi, ambil sagunya dan campurkan ke ubi kayu dan gaul hingga rata.
  3. Panaskan pengukus.
  4. Masakkan air, gula merah dan gula hingga larut. Tapis.
  5. Masukkan ke dalam ubi dan gaul sebati.
  6. Tuang dalam loyang dan kukus lebih kurang 20 minit
  7. Campur semua bahan bahgian atas, kacau dan tapiskan ke dalam periuk.
  8. Jerang atas api perlahan sambil kacau (tanpa henti) lebih kurang 10 minit.
  9. Sebelum tuangkan bahagian atas, cakar guna garpu bahagian bawah dan tuang perlahan-lahan. Kukus 20 minit lagi.
  10. Tunggu hingga betul-betul  sejuk dulu barulah dipotong.  Selamat Mencuba.

IMG_5083IMG_5087

Selasa, 29 November 2011

Bingka ubi kayu

Hari ni Isnin 29.11.2011 bersamaan 3 Muharram, terasa bosanlah pulak.  Semalam balik kampung cabut ubi kayu di kebun.  So ambil kesempatan buatkan anak-anak bingka ubi ni.Lagipun malam ni ada tamu nak datang rumah sekurang-kurangnya ada juga kuih boleh dihidangkan. Kalau nak cuba buat jomlah……

IMG_5070

BAHAN-BAHAN
1 kg ubi kayu
650 ml santan kelapa
200 g gula enau/ melaka
100 gm gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar planta
CARA MEMBUATNYA
  • Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
  • Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut , masukkan planta dan kacau hingga sebati.
  • Angkat dan biar sejuk.
IMG_5056
  • Bersihkan ubi kemudian parut. Atau jika diblend potong halus.
IMG_5051IMG_5053
  • Kemudaian perah menggunakan kain kasa. Biarkan air perahan mendak.
IMG_5054
  • Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
IMG_5057
  • Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak.
IMG_5055
  • Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
IMG_5058
  • Tuang dalam tin yang telah dilenser tadi .
IMG_5060
  • Bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing .Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan.
IMG_5061
  • Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong....
IMG_5067
**Boleh juga dikukus dulu 30 minit dan selebihnya  dibakar...

Jom melawat kebun Kak Mai di Melaka...sila klik sini .

Selamat mencuba

Perihal Krim Putar atau Whipping Cream

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua teman-teman. Apa khabar ye? Hari ni jom kongsi ilmu mengenai krim putar.Tak mau celoteh panjanglah , jom kita tinjau.

[Kek%2520n%2520coklat%2520012%255B2%255D.jpg] 
Whipping Cream atau krim putar  terdiri daripada 2 jenis iaitu
  • Non-Dairy Whipping Cream
  • Dairy Whipping Cream.
Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada di dalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipping Cream.

Non-Dairy Whipping Cream
Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.



  • Cara guna:
Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika tak cukup maka boleh tambah gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim (yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi. Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus (seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu saja)                

  
  .

  • Mewarna:
Jenis non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk 'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.




  • Penyimpanan:
Krim yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus digunakan.  Bergantung kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right ) Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri supplier untuk keterangan yang lebih tepat.




  • Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain. 

Presto Toppin' Pride Ready to Whip Topping (picture courtesy of Google)
image
Vivo Topping Ace keluaran Singapore – yang biasa saya gunakan  dan sekarang dah berubah warna(picture courtesy of Google)

Value Pride Ready To Whip Topping (picture courtesy of Google)

Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries (picture courtesy of Google)

Rich's Whip Topping (Gold Label) (picture courtesy of Google)




Flavor Right Premium Dessert and Pastry Topping (picture courtesy of Google)
image
Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping (picture courtesy of Google)
  • Harga:
Bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan untuk paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding yang lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping', 'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan.



Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream
Dairy Whipping Cream atau UHT whipping cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipping Cream (35 % lemak susu).
  • Kegunaan:

 
TIRAMISU (Gambar contoh)


Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu (kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis) atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.(Sila rujuk sini)

Dairy Whipping Cream (yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream) tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat). Ia boleh digantikan (substitute) dengan bahan lain, namun tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.
  • Penyimpanan dan cara guna:
Seperti non-dairy whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam freezer. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, beaters dan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Kek yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini (contoh: triffle atau tiramisu) mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan kek tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.
  • Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama Dairy Whipping Cream yang selalu kita jumpa di pasaran di Malaysia adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream, Arla Whipping Cream, President UHT Whipping Cream dan lain-lain. di pasaran di Malaysia adalah dalam RM15-RM16 bagi 1liter cecair; walau bagaimanapun ia bergantung pada tempat.
  • Jika terlebih pukul:
Jangan terlebih pukul adunan whipping cream kerana ia akan cair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi contoh pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat (alkali).
Contoh website untuk membuat homemade butter dan buttermilk guna whipping cream atau di sini.


Arla Whipping Cream (picture courtesy of Google)

Anchor UHT Whipping Cream (picture courtesy of Google)




President UHT Whipping Cream (picture courtesy of Google)
Emborg Whipping Cream (picture courtesy of Google)



Info daripada:
Blog citarasawan
Zachoes.blogspot                  
Resipimamaleza.blogspot                         
motherearthnews                                 

Isnin, 14 November 2011

Coklat hantaran/cenderahati

Coklat Myza 013 Coklat Myza 012 Coklat Myza 008 Coklat Myza 009 Coklat Myza 010 Coklat Myza 011 
MRSM BALIK PULAU:Hadiah/cenderahati kepada semua guru yang telah mendidik Along(Mohammad Dzarul Hafiz b. Dol Malek )

Ahad, 13 November 2011

Apam Polkadot

Assalamulaikum semua.  Lama dah intai2 resipi apam polkadot ni tapi tak berkesempatan nak buat. Hari ni nekad je sebab bibik kak Mai nak balik esok nak ajarlah cam mana buat apam ni supaya balik nanti boleh bisnes di sana. Sebelum ni dah beri resipi dan ajar macam mana buat kek dan coklat.  Rasanya ilmu tak baik kedekutkan..seronok kalau ianya dapat membantu sesama insan.
Apam polkadot kak Mai buat untuk pertama kali nie taklah secantik mana pun.  Mula2 lagi dah tersilap ….akhirnya…inilah hasilnya.
IMG_4397
Kalau nak try buat cuba ikut step di bawah..insyallah jadi…..
APAM POLKADOT(Step by step)
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium/90 biji papercup small )
  • 3 biji telur (gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Pelbagai jenis filling (eg kaya, strawberry, lemon, blueberry dll)
  • pewarna pilihan
Cara-cara
Masukkan semua bahan  ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan mengikut warna pilihan bagi setiap adunan .
4-8A75D4A6-970627-4804-510FE2EF-687386-480
Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag yang berbeza .Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas(separuh cup sahaja)
4-CFAE6593-703543-4804-650354FA-782265-480
Masukkan filing dalam plastik kemudian picitkan  di tengah-tengah.
4-E5F49FFC-687607-4804-0FCAB136-694232-480
Tutup semua bahagian filling dengan memicit adunan hingga hampir penuh.
4-F9E71703-780029-4804-6CC40CC2-794715-480
Akhir sekali dot-dot kan dengan adunan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Nota:  Mulanya kak Mai cuma titikkan saja terus pewarna makanan dari botol menggunakan lidi…
Inilah hasilnya tidak memuaskan langsung sebab dot dotnya nampak kecil.
4-1A66444F-802059-480
Kemudian kak Mai ambil lebihan adunan dan  kak Mai picitkan dot-dot …he he he…barulah jadi…
IMG_4403
Belajar daripada kesilapan  Tak cuba tak tahu  ……..Selamat mencuba.

Selasa, 8 November 2011

Kek lapis Cappucino

Kek nie saja2 buat untuk makan-makan pagi raya Aidil Adha.  Buatnye pun pagi raya tu sebab hari sebelumnye tu pulang ke kampung sebab ada saudara meninggal.  Raya nie tak masak2 pun sebab tak berkesempatan.  Rendang dan lemang pun dari kampung. Sebab tulah ambil kesempatan buat kek nie untuk anak-anak.
Kek Raya Aidil Adha 011
    
Bahan A:
2 cawan planta
2 cawan gula kastor
3 cawan tepung
1 camt vanilla
1 camt baking powder
6 biji telur
Bahan B:
1/2 cawan serbuk koko
Bahan C (hiasan):
Krim putar
Emalco Cappucino
Blueberry filling (ikut suka)
Cara:
Putar gula dengan majerin hingga putih.  Masukkan telur satu persatu. Putar hingga kembang.  Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit.  Masukkan vanilla.  Putar sebentar.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko.  Tuangkan dalam loyang yang telah dialas. Bakar 170 C selama 20 – 25 minit.
Kek Raya Aidil Adha 001
Keluarkan dan sejukkan kek. Putar krim dan campurkan emalco cappucino.  Paipkan krim putar atas lapisan pertama hingga rata kemudian lapiskan dengan lapisan kek kedua. Kek Raya Aidil Adha 002 Kemudian hias kek ikut suka.
Kek Raya Aidil Adha 005Selamat mencuba.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...