Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 2 Februari 2011

Tart, rendang daging dan nasi himpit.

Esok nak pergi tengok anak di MRSM Penang.  Jadi hari ni kak Mai masakkan nasi himpit dan rendang daging untuknya.  

Jom Masak 2.2.2011 003 Jom Masak 2.2.2011 007

Bahan A:

1 kg daging                                                                

3 cawan santan (1 biji kelapa)

1 camb kerisik

sedikit asam keping

sedikit gula melaka (ikut suka)

garam secukup rasa

Daun kunyit dimayang halus

Daun limau purut (dikoyak)

Bahan B(kisar)

1 in halia

1 in lengkuas

3 btg serai

15 tangkai cili kering

15 biji cili api (jika suka)

15 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

Caranya:

Daging dipotong kecil.  Basuh dan toskan.  Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar hingga mendidih. Masukkan daging  dan masukkan sedikit air. Bila daging dah kecut,  masukkan santan, garam dan air.  Masak hingga empuk dan masukkan asam keping.  Masukkan kerisk dan masak hingga naik minyak dan pekat.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan.  Selamat mencuba.

Tart Nanas

Along suka makan biskut tart ni.  Jadi buatkan jugalah untuknya.  kak Mai buat dua adunan sebab belum habis bakar lagi dah habis sedulang.

 Jom Masak 2.2.2011 009 Jom Masak 2.2.2011 011 Jom Masak 2.2.2011 016 Jom Masak 2.2.2011 018Jom Masak 2.2.2011 020

Resipi tart ni kak Mai boleh rujuk di http://myzajresepi.blogspot.com/2010/08/tart-nanas.html

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...