Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 4 Februari 2011

Cream Puff

Pagi tadi  kak Mai cuba buat cream puff mengikut resipi yang kawan kak Mai(Zaridah) beri.  Mudah dan alhamdulillah menjadi nampaknya tapi sebagai permulaan kak Mai cuma buat sebahagian daripada jumlah bahan yang diberi.  Itu pun kak Mai dapat lebih kurang 40 biji cream puff.  Di bawah ni kak Mai turunkan resipi asal ye untuk kita kongsi bersama cuma caranya  ikut kak Mailah macam mana nak buat.

Bahan-bahan (untuk 80 biji)

250 gm butter

500ml air

300 gm tepung gandum (ayak)

1 cmt garam halus

2 sudu gula

8 biji telur

Caranya:

Masakkan air dengan butter hingga mendidih.  Masukkan garam, gula dan tepung. Kacau cepat-cepat  hingga jadi doh lembut yang kental. Masukkan dalam mixer dan pecahkan telur satu demi satu hingga sebati.  Masukkan dalam beg piping dan paip ke dalam dulang bersih tanpa sebarang minyak.  .

 Sarapan Pagi 4.2.1011 003

Bakar pada suhu 190C-200C selama 25 minit atau hingga kekuningan. 

Jom Masak 4.2.2011 001

Keluarkan dari oven dan dibelah dua sebelum diisi dengan inti kastad

Jom Masak 4.2.2011 006  

KASTAD

Bahan-bahan:

1 cawan kastad

1 cawan susu cair

1 1/2 cawan gula (ikut rasa)

4 cawan air

1/2 camt  vanilla

Caranya:

Masukkan susu, air , gula, vanilla dan akhir sekali tepung kastad dalam periuk.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.  Masak diatas dapur dengan api perlahan.  Kacau hingga likat dan berkilat.  Angkat periuk dan sejukkan sebentar sebelum  diletakkan kedalam cream puff.

Sarapan Pagi 4.2.1011 006  

Mudah, muai dan sedap.  Selamat mencuba ye.

1 ulasan:

Maizah Jalil berkata...

Memang sedap dan mudah, Anak-anak kak Mai memang suka makan dan sekejap dah selamat jalan. Nampaknya kena buat lagi tapi hari ni xlah kot.....lain kali.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...