Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 30 Januari 2011

Sembilang masak lemak cili api

 

Ini  gulai dari kampung.  Mak mertua memang pakar mengulai lebih-lebih lagi ikan sembilang sungai yang ayah tangkap sendiri.

Tengok mak masak macam senang je.  Bahan-bahan pun tak banyak.

Jom Masak 29.1.11 014 


Bahan:

1 kg Ikan sembilang (disalai)

3 cm kunyit hidup

11-15 biji cili api (ikut suka)

3 cawan pati santan

peria katak di potong( lain-lain pun boleh gak)

asam keping

Garam secukup rasa

Caranya:

Panaskan kuali. Kisar cili api dan kunyit.  Masukkan dalam kuali dan  kacau.  Masukkan santan dan asam keping. Bila mendidih,  perlahan-lahan masukkan ikan sembilang dan peria.    Kacau berhati-hati sebab takut isinya hancur.  Kemudian masukkan garam.  Kacau sebentar dan bolehlah diangkat untuk  dihidangkan.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...