Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 24 Januari 2011

Sup Tulang

Top.bmp

Bahan:

1 kg tulang

3 sudu besar rempah sup/kurma dibancuh dengan sedikit air

4 biji kentang (belah 4)

1 batang lobak merah (potong ikut suka)

2 batang serai (diketuk)

1 sudu kecil lada hitam

sedikit minyak masak

Daun sup (potong kecil)

Daun bawang (potong kecil)

Garam secukup rasa

Bawang goreng

Air secukupnya

Bahan B( tumis)

7 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm halia

kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

4 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga

Caranya:

Tulang yang telah dipotong, dibersih dan ditoskan.  Masukkan  semua bahan A dalam periuk dan rebus hingga daging empuk.  Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga naik bau.  Masukkan bahan tumis dalam periuk sup dan masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.  Sedia untuk dihidangkan.  Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...