Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 30 Januari 2011

Nasi goreng kerabu

Jom masak 29.1.11 001

          Semalam awal-awal pagi abang dah balik kampung.  Kak Mai  tak ikut sekali.   Sabtu,  anak-anak semuanya ada di rumah.  Tak tau nak makan apa pagi tu.   Roti pun dah habis…malasnye nak keluar beli.  Oklah buat nasi goreng jelah…..asalnya nasi goreng biasa je…sebahagian kak Mai keluarkan sebab anak tak suka sayur selain lobak. Kemudian kak Mai  tambahkan sayur2 lebih je…..sebab kak Mai suka makan sayur..lebih2 lagi makan mentah (yang bolehlah)

Bahan:

ikan bilis (ikut suka..nak letak udang /sotong lagi sedap)

2 labu bawang besar (dadu je)

2 ulas bawang putih (cincang halus)

1 sudu besar cili kisar

lobak (dadu

sedikit halia( hiris)

kicap (jika suka)

garam secukup rasa.

Bahan B (potong/hiris halus):

2 batang serai

2 kuntum bunga kantan

3 batang kacang panjang

kubis

taugeh (jika suka)

cili api (ikut suka)

Caranya:

           Panaskan sedikit minyak dalam kuali.   Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.  Masukkan cili, ikan bilis kisar, halia dan lobak.  Tumis hingga garing .  Masukkan garam, kicap dan kacau rata.  Masukkanlah nasi putih dan kacau lagi.   Kemudian masukkan semua bahan B.  kacau lagi dan bolehlah dihidangkan.  Sedap dimakan ketika masih panas.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...