Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 30 Januari 2011

Rendang arnab

           Semalam 29.1.2010 abang balik kampung bawa sekali 4 ekor arnab  untuk disembelih dan dibersihkan.   Rasanya kalau dah siap dikemaskan oklah kot…..mungkin macam isi ayam.  Pernah makan daging arnab tapi tak pernah masak untuk makan sendiri.
            Abang dah bising sebab arnab dah semakin banyak.   Nak jual yang kecil-kecil oklah.   “Yang besar-besar tu nak buat apa kalau tak makan….asyik kita beri makan baik kita pula makan dia”…lebih kurang kata abang.    Balik dari kampung abang bawa 3 ekor yang sudah dikemaskan.   Seekor bagi acik (tukang sembelih)..dan sepeha bagi pada anak buah (nak cuba makan).  Nak bagi banyak takut x makan..terbuang je…..So petang tu abang dengan angah (anak) tolong potong kecil-kecil..

           Abang suruh buat rendang.  Tanya angah…..”kalau makan  ibu masak, kalau tak mau makan ibu tak masak” Angah kata dia makan.  Hadirah pun nak juga.  Hazim tak mau makan  sebab tak sampai hati. 
          Pagi tadi lepas balik dari pasar, kak Mai pun start untuk merendang.   Kak Mai tengok daging tu macam isi ayam je.  Separuh kak Mai keluarkan untuk sup Hadirah.
          Inilah rupanya rendang tu……
Jom Masak 30.1.2011 018Jom Masak 30.1.2011 012

Bibik kata kalau nak makan jangan bayangkan muka arnab tu…nanti tak lalu….ha ha ha……InsyAllah boleh kot.      Hari ni kenduri rumah kawan.  Kak Mai call member nak pergi sama lansung tanya dia makan daging arnab tak?  Dia kata nak cuba juga.  Sebelum bagi orang kena rasa juga dulu.  Kak Mai pun ambillah sedikit dagingnya….walla…..sedap tu…..So kak Mai bagilah kawan rasa.  Sempat dia makan dengan roti……Nak cuba ke?  Kalau nak kak Mai turunkan resipinya di sini.
Bahan A:
3 ekor arnab
daun limau
daun kunyit (hiris halus)
4 sudu kerisik
4 cawan pati santan
Sedikit air.
gula melaka
garam secukup rasa.
4 sudu cili kisar.
sedikit asam keping
Bahan B:
15 ulas bawang merah/ 3 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit
3 batang serai
Cara-caranya:
            Kisar semua bahan B.  Panaskan kuali.  Masukkan ke semua bahan kisar dan cili kisar dalam kuali .   Kacau sebentar.  Masukkan daging arnab dan kacau hingga daging kecut.  Masukkan santan pekat dan tambahkan air ikut keperluan.  Kacau hingga naik minyak. Masukkan daun limau purut, gula merah, garam dan asam keping. Kacau hingga hampir kering.  Kemudian masukkan kerisik, kacau lagi . Bila sudah kering bolehlah diangkat dan sedia untuk hidangkan.  Sedap di makan dengan nasi putih atau nasi himpit. 
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...