Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 26 Disember 2010

Nasi lemak kukus dengan ayam berempah….

Hari ni 26.12.2010 kami terima dua jemputan.  So cuti masaklah nampaknya.  Pagi ni kak Mai buat sarapan berat sikitlah…..sebab bibik dengan nenek ada di rumah.
Jom Masak nasi lemak 26.12.2010 008 Jom Masak nasi lemak 26.12.2010 003 Jom Masak nasi lemak 26.12.2010 006
 
Nasi Lemak kukus
Bahan-bahan:
1 kg beras
1 liter santan ( 5 cawan)
3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
Sedikit hirisan halia
3 ulas bawang merah dimayang
Garam secukup rasa
 
Cara-caranya:
     Basuh dan toskan beras. Masukkan semua bahan ke dalam periuk elektrik. Bila beras sudah sebati dengan santan, pindahkan ke dalam kukusan yang dialas dengan daun pisang sehingga masak.
 
Bolehlah di hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, , ikan bilis goreng, ayam goreng berempah(lihat pada resepi terdahul) dan ulam timun jika suka.
 
Kenyang sampai tengahari ni.  Sebentar lagi  gi jemputan rumah Cikgu Saberi kemudian baru balik kampung kenduri rumah adik.
 
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...