Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 19 Ogos 2010

Ikan perkasam goreng

Tak ramai yang gemar makan ikan perkasam. Kak Mai memang suka tapi jarang dapat ikan perkasam ni. Baru-baru ni seorang kawan Kak Mai bermurah hati memberi ikan perkasam ni.
Jadi kak Mai pun buatlah sebagai tambahan juadah pembuka selera di bulan puasa. Senang saja....tapi ni cara kak Mai...Kak Mai tidak suka ikan tu digoreng hancur. Sebelum ni kak Mai ada juga makan ikan perkasam tapi ikannya dihancurkan. Tak kisahlah tapi rasanya sama saja.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan perkasam
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji limau kasturi ambil airnya
Sedikit minyak untuk mengoreng.

Cara-cara:
Goreng ikan perkasam.
Angkat .
Goreng sebentar bawang dan cili dalam minyak gorengan ikan.
Angkat dan letakkan di atas ikan perkasam.
Perahkan limau kasturi.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...