Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 19 Ogos 2010

Cara manis

Hari ni kak Mai tak tau nak buat kuih apa untuk berbuka. Kak Mai perlukan resepi yang mudah dan segera untuk menyiapkan juadah hari ini, maklumlah sampai rumah pun dah hampir pukul 6.00 petang……mana nak masak…nak menyediakan kuih lagi jadi kak Mai teringat kuih cara Chef Aza yang pernah datang ke sekolah kak Mai……tapi bahan-bahan di bawah ni kak Mai buat ikut cara kak Mai je lah…..

Bahan-bahan batter:

Tepung gandum.

Air daun pandan secukupnya

1 biji telur

sedikit garam

gula

Caranya:

Masukkan air daun pandan, telur dan tepung ke dalam mesin pengisar. Putar hingga sebati. Buka perlahan-lahan tutup pengisar dan lihat lubang pusaran adunan di tengah-tengah sewaktu mesin berpusing. Pusaran perlu sebesar duit syiling sepuluh sen. Sekiranya lebih besar, perlu ditambah tepung lagi sedikit demi sedikit.

Cara manis 19.8.2010 001

Panaskan acuan. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan daun pandan.

Cara manis 19.8.2010 003

Letakkan sedikit gula di tengah-tengah. Dan tunggu sehingga masak.

Cara manis 19.8.2010 005

Keluarkan dengan lidi pencucuk dan bolehlah dihidangkan. Alhamdulillah akhirnya jadi juga kuih cara ringkas ni. Kak Mai cuba juga guna gula melaka sebagai ganti gula pasir. Rupa taklah menarik sangat tapi rasanya sedap juga. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...