Khamis, 8 Julai 2010
Telur kicap bersos tomato.
Bahan A:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 biji cili merah
Bahan B:
6 biji telur (mata)
kicap manis kipas udang
sedikit sos tomato
sedikit garam
minyak masak
daun bawang
Cara:
Hiris kesemua bahan B. Tumis dengan sedikit minyak.Bila kekuningan masukkan sedikit air dan kicap serta tomato sos. Bila mendidih masukkan garam dan telur mata kerbau. Hiaslah dengan daun bawang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Hari ni tak tau nak masak apa. Asyik ikan, ayam, daging, udang dan sotong. Jadi hari ni kak Mai masak telur kicap dengan sos tomato. Cubalah resepi ni terutama bila kesuntukkan masa atau lauk lain dalam peti sejuk dah tak ada....Telurpun jadilah....asalkan yang penting kita masak sendiri untuk keluarga dan untuk suami tersayang.
Catat Ulasan