
Tart buah tin
Bahan:
250 gm butter
2 camb gula kastor
2 biji kuning telur
1 camt minyak sapi
31/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan tepung jagung*
2 camb tepung kastad*
sedikit garam halus
* ayak semua tepung sekali
Cara:
Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
Masukkan kuning telur dan minyak sapi dan putar lagi. Kurangkan speed. Masukan garam, tepung sedikit sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut. Terapkan doh atau bentukkan ikut acuan yang di gemari letakkan jem kemudian palangkan denga sedikit adunan . Mengapa perlu dipalangkan atas tart tu ye??? Bukan sekadar hiasan tujuan utama untuk melindungi jem tu melekat pada bahagian bawah biskut semasa disusun di dalam bekas kuih.Selamat mencuba.
Bagaimana pula dengan jemnya ye? Apa-apa jem yang dirasa sedap boleh digunakan. Di sini saya menggunakkan jem yang dibuat daripada buah tin.
Jem buah tin:
1 mangkuk buah tin kisar
1/2 mangkuk gula pasir
sedikit parutan kulit lemon
jus lemon ikut suka banyak mana
Masak semua dalam periuk kecuali gula. Kacau hingga
pekat baru masukkan gula. Kacau lagi hingga betul2 pekat . Sejukkan sedia untuk digunakan.
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan