Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Rabu, 8 Julai 2015

SERABAI DENGAN KUAH DURIAN

Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian

Bahan-bahan:
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam

Caranya:


  1. Yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk memastikan yis aktif..
  2. Kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau sebati ..
  3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
  4. Panaskan  kuali  kecik (mudah guna non stick) sapu dgn sedikit minyak ...biar betul2 panas kuali tu masukkan sesenduk kecil... sederhanakan api dapur dan tutup acuan agak2 dah kering permukaan atas  menandakan  dah masak...bolehlah diangkat.

Kuah durian


1 keping gula melaka @ gula enau
2 mangkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
sedikit tepung gandum  bancuh  dgn air. (jika perlu untuk memekatkan kuah)

Caranya

  1. Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis untuk membuang bendasing .
  2. Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. 
  3. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...