Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Rabu, 5 Jun 2013

Jenis-jenis tepung.

Kenali jenis tepung

Sumber: www.utusan.com

Hari ni bercadang nak buatkan anak biskut untuk dibawa pulang asrama esok. Menyelongkar di dapur. Terjumpalah tepung rose merah yang dibeli tapi masih belum diguna lagi. Sayang juga tepung tu kalau tidak diguna pasti tamat tarikh luputnya. Apa guna tepung nie ye. Saya menerjah mr google. Sumber ni saya copy dari Utusan.com.Linknya di sini. Harap dapat membantu juga kawan-kawan untuk mengenali beberapa jenis tepung dan kegunaannya.

1. Tepung serbaguna (all purpose flour)

Tepung serbaguna sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri ,kek atau biskut. Tepung jenis ini mudah didapati di pasaran. Jenama yang biasa terdapat di pasaran adalah seperti cap sauh dan kunci. Tepung ini adalah tepung protein sederhana dan kandungan proteinnya adalah 9-10.5 peratus.

2. Tepung Protein Tinggi

Tepung ini merupakan tepung putih yang berasal dari gandum dengan kadar protein tinggi. Ia juga dikenali sebagai tepung roti dan ia amat sesuai untuk membuat roti dan produk-produk pastri. Kandungan proteinnya lebih tinggi dari tepung serba guna iaitu 12.6 - 13.6 peratus. Gluten yang terhasil apabila tepung ini diuli memberi kekenyalan kepada roti. Sebab itulah ia sesuai untuk digunakan dalam pembuatan roti.

3. Tepung Kek

Ia juga dikenali sebagai tepung superfine atau tepung halus. Tepung ini jenis rendah protein dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek dan pastri. Kandungan glutennya yang amat rendah akan memberi tekstur lembut dan halus pada kek dan pastri yang anda buat.

4. Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)

Ia merupakan jenama tepung ini. Jika anda mengunjungi kedai-kedai pastri, tepung ini banyak dijual dalam plastik yang telah dipaket semula. Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu ia sangat sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.

5. Tepung Naik sendiri (Self Rising Flour)

Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan ia telah mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, anda tidak perlulah menambah serbuk penaik dalam resipi itu kerana bahan penaik di dalamnya sudah cukup untuk menaikkan kek.

Lain-lain jenis tepung yang ada dijual dipasaran dan biasa kita gunakan adalah tepung jagung, tepung kastad, tepung ubi, tepung beras, tepung pulut, tepung susu dan lain-lain yang digunakan dalam makanan.Anda perlu memahami jenis-jenis tepung dan fungsinya dalam makanan. Oleh itu, pastikan anda menggunakan tepung yang betul agar hasil juadah yang anda buat dapat memuaskan hati.




Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...