Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Jumaat, 8 Februari 2013

Orange Slice Cake




Tempahan Pn. Rohaida dari SK Sri Putra, Bangi untuk makan-makan di majlis pertunangan adiknya.

Bahan-bahan:

Loyang 10" X 10 "( untuk potong 36) atau 9" x 9" (untuk potong 25)

250 gm sponge cake mix 
4 biji telur
125 ml air
125 ml minyak jagung
1 camt orange emulco
250 g whipping cream
Sedikit filling oren dsb untuk hiasan.

Caranya:

Masukkan tepung campuran, telur yang sudah dipukul sebentar dan air dalam mangkuk adunan. Pukul hingga gebu. Masuukan pula perasa oren dan minyak jagung. Kacau hingga sebati dengan menggunakan spatula. Alas dulang dengan kertas minyak, tuangkan adunan dan bakar 180 C selama 25 - 30 minit menggunakan api atas bawah.
Sejukkan kek sebelum dihias.

Cara menghias:

Letakkan kek atas papan 11 x 11 in. Putar whipping cream hingga kental ( jangan lama sangat) Gunakan spatula sapu keseluruhan  kek dengan krim. Ratakan ikut suka. Biar rata dan kemaskan bahagian tepi dengan krim nipis sahaja. Potong kepada 25 atau 36 bahagian ikut suka menggunakan pisau panjang dengan berhati-hati. Mulakan hiasan bahagian tepi kek menggunakan krim putih dan oren (campurkan sedikit krim dengan pewarna oren). Kak Mai guna nozel daun. Apabila selesai, dengan  nozel yang sama, buat hiasan bunga di atas setiap bahagian kek yang telah dipotong tadi. Akhir sekali paipkan filling oren di tengah-tengah bunga dan sedikit filling blueberry sebagi penambah seri he he he....   Selamat mencuba ye.



5 ulasan:

Jasmin Aziz berkata...

salam,kak mai..tq share resipi sedap2 disini..dyg baru belajar nk deco n buat kek..dlm resipi ni kak Mai tulis 250gm tpg sponge mix tu utk 2 loyang 10x10 atau 1 loyang?tq..;)!

Jasmin Aziz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Maizah Jalil berkata...

Wsalam 1 loyang

Jasmin Aziz berkata...

assalam,kak mai..tq..klu 1 loyang tu,maknanya kita kena potong 2 layer ye?

Maizah Jalil berkata...

Wsalam.Kek ni tak de layer pun.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...