Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Jumaat, 8 Februari 2013

Kek oren bertema hijau putih




Tempahan Pn. Rohaida SK Sri Putra untuk adik lelakinya. Selamat bertunang Aizad & Nazirah. Tq Rohaida.


Bahan-bahan

Loyang  9" x 9" 

250 gm sponge cake mix 
4 biji telur
125 ml air
125 ml minyak jagung
1 camt orange emulco

Hiasan:
Bunga gumpaste hijau putih
250 g whipping cream
Sedikit pewarna hijau

Caranya:

Masukkan tepung campuran, telur yang sudah dipukul sebentar dan air dalam mangkuk adunan. Pukul hingga gebu. Masuukan pula perasa oren dan minyak jagung. Kacau hingga sebati dengan menggunakan spatula. Alas dulang dengan kertas minyak, tuangkan adunan dan bakar 180 C selama 25 - 30 minit menggunakan api atas bawah.
Sejukkan kek sebelum dihias.

Cara menghias:

Letakkan kek atas papan 11 x 11 in. Putar whipping cream hingga kental ( jangan lama sangat) Gunakan spatula sapu keseluruhan  kek dengan krim. Ratakan ikut suka. Biar rata dan kemaskan bahagian tepi dengan krim nipis sahaja. Mulakan hiasan bahagian tepi kek menggunakan krim putih dan hijau (campurkan sedikit krim dengan pewarna hijau). Kak Mai guna nozel daun. Apabila selesai, dengan  nozel yang sama, buat hiasan bahagian tepi kek . Akhir sekali letakkan bunga gumpaste tadi. Siap.Selamat mencuba ye.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...