Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 7 Mei 2012

Sliced Red Velvet cake

Asalamualaikum dan selamat malam.  Hari ni membaking lagi.  Red Velvet ni bukan hanya mak dan bapak je yang minat, anak-anak pun minat juga.  Mungkin warnanya yang cantik seperti baldu. Kali ni mengikut permintaan Pn. Ezni, minta kek ni dipotong-potong supaya senang dimakan dan lebih-lebih lagi dapat dibahagi sama rata.  Baru adil betul tak?  Betullah tu cikgu ye....Lagi permintaannya  nak strawberry segar  supaya nampak lebih special katanya.  Ikutlah juga kata kekawan ni ye...rasanya di kedai tak buat cam nie pun.  Apa salahnya kelebihan yang ALLAH kurniakan pada kita, kita kongsi untuk memenuhi permintaan kawan-kawan kita. Bonusnya untuk kita juga dan bertambahlah kemahiran kita betul tak?  

Ada juga yang bertanya macam mana nak buat slice kek ni?  Senang je kekawan.  Saya belajar dan memahirkan diri daripada meneroka blog-blog kekawan dan bertanya dengan kekawan yang sudah mahir.  Dan cuba masa luang saya untuk cuba dan terus mencuba.  Alhamdulillah sekarang ok je dah tak teragak-agak nak memotong kek nie dah.

Untuk membuat slice kek ni, apa yang kita perlukan ialah sebiji kek.  Resepi untuk kek ni boleh rujuk di sini.  Kek yang sesuai ialah kek 4 segi sama yang dibakar dalam loyang 10 X 10 atau 9 x 9(nampak kek tebal sikit). Kalau  gunakan cheese cream, kek mesti dipotong dulu gunakan pisau panjang. Kek dipotong kepada 6 bahagian  x 6 bahagian  (36 keping)  atau 5bhg x 5bhg (25 keping)


Selepas dipotong, kemaskan semula kek tersebut.  Pipekanlah cheese cream mengikut bahagian-bahagian yang telah dipotong dengan berhati-hati.  


Hiaslah kek mengikut cita rasa mata kita sendiri.  Kalau nak nampak segar kek ni, kita letaklah dengan strawberry atau buah-buahan yang lain.




Ada juga yang taburkan je dengan serpihan kek yang memang banyak bersepah-sepah semasa kek dipotong.  Yang jelas kek ni memang lembut sangat dan perlu dilakukan dengan berhati-hati.



Selamat mencuba ye.  


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...