Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 5 Mei 2012

Roti canai tak perlu canai


Asalamualaikum.  Selamat pagi Sabtu.  Cuaca hari ni menendung.  Pagi ni dah pergi pasar dah. Perut lapar...badan letih. Abang kata hari ni cutilah masak lagi pun ada dua kenduri kahwin. Abang pelawa sarapan di luar.  Kami singgah di Gerai Roti Canai Mantin dan Nasi Lemak Kukus Pasar Borong Nilai 3. Memang hangat dan ramai beratur menunggu roti canainya. Di sini konsep layan diri.  Kami selalu  minum di sini.  Masa awal dulu penebar roti canai sorang je, kemudian dua orang sekarang ni dah tiga orang.  Betapa maju kedai roti canainya.  Kalau sedap pengunjung pasti akan datang lagi.  

Hari ni kak Mai jalan2 ke blog kekawan.  Singgah blog kak Zuriani semanis gula.  Terjumpalah nama Shuhairi di blognya.  Masuklah pula ke blog Juicy Cafe Shuhairi Shuhaini.  Maka jumpalah resipi special ni...Roti Canai yang tak perlu canai.  Jomlah kita kongsi sama-sama kalau nak cuba...

Bahan2.
  • 180 ml air
  • 1 sdb susu pekat manis
  • 80 gm butter
  • 500 gm tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 sdk horlick


Cara2nya.
  1.  Masuk semua bahan2 ikut urutan ke dalam breadmaker.
  2. Tekan setting doh dan tunggu sehingga siap.
  3.  Keluarkan doh, uli dengan butter sedikit, ambil doh sebanyak 70 gm, bulat2kan dan simpan dalam bekas kedap udara selama 4 jam.
  4.  Canaikan doh dan goreng atas kuali leper.
  5.  Siap dihidangkan bersama kuah kari.

P/S Kak Mai lum cuba buat lagi.  Saja nak simpan resipi ni supaya mudah bila nak buat nanti.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...