Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 20 Mac 2012

Red Valvet Cake


Red Velvet


IMAG1906

IMAG1882

Bahan-bahan
( 1 biji kek >< 2 kg )
  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak )
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 oz pewarna merah
  • 2 sudu besar koko
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
·
Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • 1 sudu besar jus lemon (jika tiada blh guna 1 3/4 sudu cream of tartar)
·
Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese  dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 1/2 cup gula icing, diayak (jika tak suka manis kurangkanlah ye)
Cara-cara
BUTTERMILK:
  1. Campurkan  jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit.
  2. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh juga. Ikut mane yang sesuai.
KEK:
  1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  2. Ayakkan  tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana.
  3. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.(kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup tapi kak Mai tak guna warna tu sepenuhnya sebab gunakan air rebusan buah rosell krn tak suka guna pewarna terlalu banyak)
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan lemon dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
CREAM CHEESE FROSTING:
  1. Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  2. Belah kek kepada dua atau tiga lapisan.
  3. Sapulah cream cheese pada lapisan pertama dan seterusnya hingga ke lapisan ketiga.
  4. Hiaslah ikut kegemaran masing-masig, Kak Mai hias menggunakan buah strawberry yang sedia ada di dalam peti sejuk.  Memang sesuai rasanya yang masam digandingkan dengan cheese dan kek yang manis tu.
  5. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
Selamat mencuba ye..menurut kekawan dan sedara-mara yang rasa kek nie katanya sedap sangat….cuba jangan tak cuba.  Kalau malas boleh order je….

3 ulasan:

Zifa berkata...

skrang tengah famos kek velvet ni kan...sy de copy2 jugak resepi kek ni...suka sgt kumpul resepi tp buatnya tidak...suami selalu je perli...tapi tu la...buat kek xda sapa nk makan...balik kg...baru ade yg nak mkn...adik2 ramai...sy berdua je ngan suami.... selamat berkenalan...copy resepi ye...tq

Maizah Jalil berkata...

Silakan.

okid berkata...

sy duduk sgambut kl..mcmana kalu nk oder?price???

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...