Alhamdulillah hari ni dapat siapkan kek untuk sambutan birthday hubby, angah dan alang. Bekerja keras juga nie sebab baru nak berjinak2 dengan fondant. Saja ambil kesempatan ni cuba juga sedaya upaya...alhamdulillah.
Carrot Cake
Kek
Ayak semua bersama-sama dan ketepikan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 ½ sudu kecil baking soda
- 2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis
- 1 sudu kecil garam
Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
- 4 biji telur
- 1 1/3 cawan gula (kak Mai guna gula perang)
- 1 ½ cawan minyak sayuran
- 2 ¾ cawan lobak merak diparut
- 1 cawan kelapa kering
- 1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
- 1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
- 1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar
- Panaskan oven ke suhu 165°c.
- Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10inci atau 13x8inci,atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
- Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
- Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
- Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
- Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.
Icing fondant.
Bahan-bahannya:
- 1 kg. gula aising
- 500 gm gula aising tambahan
- 17 gm (2 sudu besar) serbuk gelatin halal
- 100 gm air
- 1 sudu besar sirap glukos (glucose syrup)
- 12 gm krimwell @ shortening
- 40 gm gliserin
- Tuang air dan gelatin ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api perlahan hingga gelatin larut.
- Masukkan sirap glukos, krimwell dan kacau hingga larut dan mendidih sebentar. Tutup api dan sejukkan.
- Gula aising (1 kg) diayak dua kali atas meja atau dulang.
- Buat lubang di tengah gula aising dan tuangkan adunan yang telah sejuk tadi. Kaup dan balikkan guna scrapper hingga adunan sebati. (guna mesin pun boleh). Tuangkan gliserin dan uli lagi 5 minit hingga lembut.
- Jika adunan agak keras, renjis sedikit air panas dan uli hingga lembut. Jika lembik dan melekit,tambah sedikit gula aising lagi dan uli rata hingga lembut.
- Masukkan dalam beg plastik dan simpan pada suhu bilik. Tak perlu dimasukkan dalam peti sejuk. Boleh digunakan dalam masa seminggu.
Tip dan panduan:
- Doh jangan lama didedahkan kerana ia akan kering. Selepas digunakan simpan dalam plastik.
- Doh adalah lembut dan boleh dibentuk bunga, daun, reben dan sebagainya.
- Untuk warnakan doh,ambil lidi dan celupkan dalam pewarna.Kemudian calitkan atas doh dan uli hingga warna merata.
- Doh sesuai dicanai atas meja marble atau meja stainless steel. Meja kayu tidak sesuai kerana akan melekat.
- Apabila mencanai, taburkan gula aising atas meja supaya tidak melekat.
- Kek buah yang hendak dibalut fondant hendaklah disapu jem panas atau aising buttercream yang nipis agar lembap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan