Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 2 Mac 2012

Rainbow Sponge Cakes

Rata-rata di FB sibuk dengan rainbow cakes.  Teruja tapi masa tidak mengizinkan nak buat seperti kek2 kekawan tu.  Jadi ambil jalan mudah dan rasanya senang sangat nie maka jadilah “Rainbow Sponge Cakes” he he he……asalkan ada rainbow jadilah jom layan….
IMAG1771
Bahan A:
  • 500gm tepung sponge cake mix (ada di yummie atau rakan)
  • 8 biji telur (pukul sikit)
  • 125 ml air
Bahan B:
  • 125  minyak jagung
  • 6 jenis pewarna ikut suka
Hiasan:
  • fresh cream
  • Hawaiian coconut
Cara-cara:
  1. Putar ke semua bahan A hingga gebu.
  2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit  kacau(kaut balik ) hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
  4. Alas loyang dengan kertas  dan lenser dengan sedikitminyak.
  5. Tuang dan bakar adunan secar berasingan selama 10 – 15 minit dengan suhu 170 ikut kepanasan oven masing-masing.
  6. Bila masak, sejukkan dan keluarkan dari loyang. Bolehlah dihias ikut suka.
Cara Hias:
Putar fresh cream hingga gebu. (jangan terlalu lama)Hiaslah ikut kata hati he he he...


IMG_7732


Ready to ngapppp……….kek nie rasanya sama je macam kek sponge yang lain, cuma warna-warna pelangi  yang membuatkan kek ini menarik.  Cubalah ye……

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...