Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 18 Disember 2011

Lemon Praline Chocolate

Asalamualaikum.  Apa khabar semua?  Diharapkan semuanya sihat-sihat saja ye.  Hari ni kak Mai nak kongsi cara-cara membuat coklat lemon praline.  Bahan-bahan dan cara ni kak Mai perolehi masa kak Mai belajar buat coklat di yummie, Bangi satu ketika dulu.  Masa tu semuanya sibuk sangat nak belajar buat coklat.   

IMG_1915


Bahan-bahan:


Inti lemon.


A. 180gm colatta white compound 
B.   60gm anchor whipping cream
      10gm glukos
      20gm apricot gel
C.   20gm jus lemon
       1/2 tbsp parutan kulit lemon
       1/2 tsp perasa lemon emulco
       1 tsp pewarna kuning


* Kalau nak buat inti sendiri bahan-bahannya seperti di atas tapi kalau nak senang beli je yang dah siap ada dijual.  Biasanya kalau di kedai akan disimpan dalam peti sejuk.   


Salutan coklat.


D. 300gm colatta dark compound 


Hiasan (jika suka)


E. Sedikit coklat putih.


Acuan:
  
2 acuan coklat.


Cara-cara:

  1.  Double boil sebahagian (D) angkat dan campurkan sebahagian lagi. Sejukkan sedikit dan tapis.
  2. Dobule boil (E) dan oleskan sedikit dalam acuan menggunakan hujung jari.  Biarkan sebentar.
  3. Masukkan (D) hentakkan.  Biarkan sebentar dan terbalikkan. Masukkan acuan dalam dulang dan sejukkan dalam peti sejuk.
  4. Double boil (A) hingga coklat cair (80C) 
  5. Double boil (B) dan masukkan (C). Kacau rata dan masukkan (A)
  6. Ulangi proses (3) di atas.
  7. Keluarkan dan bersihkan acuan dengan menggunakan pisau khas  (kikis atas acuan supaya rata)
  8. Paipkan inti ke dalam acuan.
  9. Tutup acuan dengan coklat. Sejukkan.
  10. Bila dah sejuk, terbalikkan acuan dan hentak sedikit acuan untuk mengeluarkan coklat.
  11. Masukkan coklat dalam cup kertas.
Semoga  bahan dan cara-cara di atas dapat membantu semua kawan-kawan yang minat untuk membuat coklat sendiri.  Oklah selamat mencuba ye.












Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...