Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 8 September 2011

Biskut badam cendawan

Kuih raya 010

Bahan-bahan A:

2 cawan  tepung jagung

2 cawan  tepung gandum

1 cawan gula halus

1 cawan butter(tambah jika perlu)

1 cawan badam panggang (kisar)

4 biji telur (rebus ambil merah sahaja)

1 cmt vanilla

Bahan-bahan B:

1 biji putih telur

100gm gula ising

pewarna makanan (ikut suka)

Cara:

Ayak tepung kemudian campurkan  gula halus , telur rebus yang telah dihancurkan dan badam kisar. Gaul dan kirai. Masukkan butter dan gaul hingga menjadi pastri. Canai dan terap menggunakan acuan cendawan.

 Kuih raya 002Kuih raya 001

Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 C lebih kurang 20 min.  Keluar dan sejukkan.

Putar putih telur dan gula ising hingga putih.  Bahagikan ke beberapa bahagian dan warnakan ikut kesukaan.

  Kuih raya 007

Dengan menggunakan piping bag, hiaslah diatas biskut mengikut kreativiti sendiri. Bakar sebentar dengan api (atas) perlahan.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...