Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 10 Julai 2011

Tart Nanas

Tart nanas 003
Pastri:


  • 600gm tepung gandum (ayak)
  • 80 gm tepung jagung
  • 60 gm icing sugar
  • 2 buku butter (kak Mai guna SCS)
  • 4 biji telur (2 masuk dalam adunan, 2 biji putih telur + 1 kuning telur untuk sapu)
  • Jam nanas secukupnya (Resipi disediakan di bawah) atau yang terkini di sini.

Cara buat pastri:


  1. Campur butter dan 2 biji telur dalam mixer. 
  2. Tambah tepung gandum,  tepung jagung, icing sugar & esen vanilla dan gaul hingga menjadi doh.
  3. Gunakan acuan tart yang sesuai dan letakkan intinya.
  4.  Akhir sekali sapu dengan telur dan bakar dengan suhu 170C selama 20 min.


Jam nanas

Bahan:

  • 1 biji nanas sedikit muda.
  • gula
  • sanquick
  • kulit kayu manis

Caranya:


  1. Parut nanas dan toskan airnya. 
  2. Campurkan nanas dan semua bahan dalam periuk kacau hingga pekat.
  3. Sejukkan  sebelum digunakan.

   Selamat mencuba.

* Resipi ni kak Mai minta daripada kawan kak Mai sebab kekawan lain kata tart yang dia buat sedap.  Berhari2 minta baru dapat resipi ni minggu lepas.   Ambil kesempatan buat hujung minggu ni.  Alhamdulillah. Kalau nak  guna butter lain ok je cuma butter SCS ni memang sedap. Maaflah kak Mai x cuba resipi untuk jam nanasnya sebab jam nanas kak Mai masih ada lagi.  So sukatan gula  x pasti banyak mana sebab kawan kak Mai bagi cam tu nak tanya malulah pulak tapi kalau dah biasa buat boleh agak2 sendiri ye.  Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...