Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 10 Julai 2011

Biskut badam coklat

 

Biskut 008Sorrylah dah lama tak masukkan resipi dalam blok ni bukannya tidak memasak sebab memasak dah menjadi satu kewajipan untuk keluarga cuma tidak berkesempatan.

Resipi ni rasanya yang paling best setelah beberapa kali cuba akhirnya berjaya mendapat pujian daripada putri kak mai (6 tahun). Untuk makluman semua sejak akhir2 ni putri kak Mai ni hari-hari minta duit RM 2 katanya nak beli biskut sedap yang kawannya jual di sekolah tadika.  Antara lain katanya ibu buatlah biskut macam ni…..Kak Mai pun cubalah rasa. Memang sedap manis, ada badam dan coklat serta rangup. 

Kak Mai cubalah cari2 dalam internet cthnya biskut Famous Amos lah dan  macam2 lagilah.  Beberapa kali cuba.  Tak menjadi…Si Puteri pun berkata ”Biskut ibu buat sedap tapi kawan punya lagi sedap.”  Rasanya putri kak Mai masih tak puas hati.  Dia masih minta duit juga sebab nak beli lagi biskut daripada kawannya.

Petang tadi kak Mai cuba lagi. Alhamdulillah putri kak Mai berkata ” Nilah biskut yang sedap, lagi sedap daripada kawan Dira jual.” Hati seorang ibu berasa bangga dengan pujian sang anak. Cuba pula bagi rasa dengan Si Abang…biasalah abang x cukup satu…buka oven sendiri nak ambil lagi. 

Kepada kekawan tak rugi kalau cuba resipi ni.Kalau berminat kak Mai turunkannya di sini.

Bahan A:

3/4 cawan butter

1 cawan brown sugar

1/2 cawan gula kastor

2 biji telur

1 sudu teh vanilla

2 cawan coklat dipotong dadu kecil2.

1 cawan badam cincang (panggang dulu)

Bahan B (ayak)

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cmt baking soda

1/2 cmt garam

Caranya:

Pukul butter bersama gula perang dan gula kastor hingga kembang. 

Masukkan vanila dan telur satu persatu dan pukul lagi.

Masukkan bahan B dan gaul dengan spatula hingga sebati.

Kemudian masukkan  badam cincang dan akhir sekali masukkan potongan coklat.

Gaul hingga sebati dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

Alas dulang dengan parchment paper.

Letakkan doh ke atas dulang menggunakan garpu/sudu kecil dengan jarak 4 cm setiap satu.

Bakar pada suhu 170C selama 8 hingga 10 minit.

Keluarkan bila kelihatan keperang-perangan dan sejukkan di atas redai.

Biskut yang masih panas lembut bila disentuh dan menjadi keras bila sejuk….

Yummy sedap betul dan krak kruk krak kruk bila dimakan.  Cubalah pasti tidak mengecewakan.

 

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...