Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 15 Mac 2011

Sos kentang putar.

Bahan-bahan:

650 ml air

5 sudu besar stok ayam

1 biji bawang besar - cincang

1 batang saderi - cincang

40 gm mentega 20 gm tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

sedikit serbuk lada hitam

kicap pekat

garam

CARA:

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.

4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: Rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.(Resipi daripada kekawan di KR-TQ.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...