Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 15 Mac 2011

Choco Cheese Cake dengan filling blueberry


Bahan A
360 gram mentega
340 gram gula kaster
6 biji telur
40 gram serbuk koko, diayak
240 gram tepung naik sendiri, diayak
2 sudu teh baking powder
200 ml susu segar

Bahan B
500 gram krim keju(tatura)
120 gram gula kaster
2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Bahan C:
Blueberry filling
Whip topping krim (1/2 kotak cukup dah untuk sebiji kek)
Cara:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah  diayak. Gaul rata. Tambah 200 ml susu segar (kak Mai guna susu tepung campur 200ml air)Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.
2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
3. Lapiskan loyang dgn baking paper. Tuang 1 bahagian adunan A ke dalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A. (Buat dua loyang)
 Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 001
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 003
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 005
Kak Mai buat dalam dua loyang lapisan yang agak nipis….
4. Bakar di oven 160C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum di keluarkan daripada loyang.
    Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 008
Lapisan pertama
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 012
Paipkan whip topping krim keliling kek.
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 015
Letakkan blueberry filling
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 017
Lapiskan dengan lapisan kedua kek tadi.
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 018
Salut kek dengan whip topping krim ….dan hiaslah ikut suka.
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 020
Persiapan Sambut Bday 12.3.2011 024
Inilah hasilnya……
BIRTHDAY 13.3.2011 067
Note: Resipi asal Choco Cheese Marble Cake (dr Kongsi Resipi)
Cubaan pertama membuat kek guna whip topping ni…. taklah secantik mana pun tapi tetap berpuas hati dengan hasil tangan sendiri….ALHAMDULILLAH…..

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...