Petang semalam lepas ke expo Teknologi Malaysia di KL, terasalah haus sangat. Abang minta kak Mai buatkan air buah-buahan. Nasib baik ada buah belimbing pemberian kawan kak Mai nie….
Bahan:
2 biji buah belimbing besi
Air sejuk
Ais
Air gula ikut rasa
Cara:
Cuci buah belimbing. Buang kulit tepi (bah. tajam). Potong-potong, masukkan sedikit air dan kisar. Tapis dan campur dengan air gula dan ais. Sedia dihidangkan.
2 ulasan:
wahhh... mcm sedap je jus belimbing nie hehe :)
Terima kasih kak Wan. Menyegarkan minum jus buah-buahan.
Catat Ulasan