Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 10 Januari 2011

Gulai udang dengan cendawan.

Semalam kak Mai dan hubby gi pasar di Nilai.  Dalam perjalanan balik, kami singgah di gerai menjual pelbagai sayur kampung dan ulam-ulaman. Ternampaklah cendawannya yang segar bugar.  Geram.  Hubby kata kalau gulai dengan udang mesti sedap.  Jadi hari ni kak Mai masaklah gulai udang dengan cendawan.
Bahan:
Cili api ikut suka.
sedikit bawang putih dan bawang merah
kunyit hidup
Udang segar
cendawan
asam belimbing
garam secukup rasa
Caranya:
Cili api, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah dikisar.Masukkan dalam kuali. Biarkan sebentar kemudian baru masukkan udang. Masukkan santan dan akhir sekali masukkan asam belimbing dan cendawan.
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa.  Sedia untuk dihidangkan.   Biasanya kak Mai akan buat sambal belacan jika masak gulai.  Kalau tak ada sambal belasan rasanya tak lengkap.
Gulai cendawan 10.1.2011 004
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...