Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 24 Ogos 2010

Tart nanas

Tart nanas 015
Tart ni kali ketiga kak Mai buat untuk makan-makan dan poskan untuk anak di MRSM Penang. Mudah je nak buat tart ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Rasa dipengaruhi oleh jenis butter yang digunakan. Kalau nak cuba ni kak Mai kongsi resepi bersama-sama.
Bahan-bahan:
250 gm butter
250 gm tepung gandum
40 gm gula ising
jem nanas secukupnya.
Cara-cara:
Panaskan oven. Putar butter dan gula ising hingga putih. Masukkan tepung dan putar perlahan sekejap je dan pastikan sebati adunannya. Paipkan membulat dalam paper cup(kecil). Letakkan jem nanas dan bolehlah di bakar suhu 180 C selama 15 –20 minit.
Juadah berbuka 003
Untuk makluman percubaan pertama selepas bakar jemnye keras sedikit seperti gambar di sebelah …jem tu kak Mai beli yang dah siap je.....tapi anak-anak suka makan walaupun keras sedikit.
Tart 21.8.2010 006
Kali ke dua kak Mai tutup dengan paipkan sedikit adunan diatas jem. Alhamdulillah jadi comel tapi tak nampaklah jemnya…untuk menambah moleknya kak Mai tabur dengan manik-manik warna….. sebelum bakar.
Kali ketiga kak Mai buat khas untuk pos pada anak kak Mai sebab tak cukup sebalang tart yang dikirimkan sebelumnya…..Selamat mencuba……

2 ulasan:

Fae's Little Oven berkata...

wah..simplenya bahan2nya..telur pun takde eh..hurmm..nak try lah nanti..
kak, gula ising tu 4g ke 40g?

Maizah Jalil berkata...

Sorry dah tambah dah....40 g ye dik....cubalah memang simple tapi sedap...

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...